Friday, January 7, 2011

Susah ke jadi Wanita ISLAM?saya rasa tidak..

Posted by StokisUbijaga at 4:32 PM 1 comments
Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!

Monday, January 3, 2011

berdebu seperti debu-debu cinta..ek?Selamat Tahun Baru 2011

Posted by StokisUbijaga at 10:08 PM 2 comments
Assalamualaikum semua..
Ya Allah terasa kerdilnya diriku ini..blog ni dah berdebu aku tinggalkan....tetapi aku ade alasan yang kukuh untuk itu...meh2,aku cite..

Kronologi dari bulan Ramadhan..
semua telah aku ceritakan di sini..

Bulan Syawal..
1 Syawal..aku beraya di rumah mertua untuk pertama kali..dan kepenatan yang tidak terhingga berlaku mungkin keadaan ku selepas gugur itu masih belum pulih..tapi,habis satu Perak kami pusing..tu pun ade yang tak sempat nak dijengah..

2 Syawal...
aku telah sampai di kampungku dari Perak untuk beraya di Negeri Sembilan pula...sini kurang penat skit..sbb mungkin banyak hari di n9..yela,aku duk kt n9 smpi raya ke3..


4,5,6,7 Syawal..aku menjadi pekerja paling berdedikasi di ofis..wahhaaahaha..

8 Syawal hingga 10 Syawal..aku balik ke Perak untuk beraya di Cameron highlands..hehe..

lepas tu, aku stat kerja balik dengan kerja yang bertimbun-timbun..
sehinggala penghujung syawal,kami pulang kembali ke Perak kerana mak mertuaku dimasukkan ke wad...

10.10.10..
besday asbenku tersayang..kami raikan dengan kejutan membawa kek ke hospital...
semua nurse2,doktor2 yang ade kat wad termasuk rakan-rakan TNB abah,dapt merasa kek ni..
asalkan dapat melihat muka insan kesayangan tersenyum..aku rela digelar pelik...kami pulang ke rumah apbila petang mula menunjukkan wajahnya..dan diiringi lambaian abah (bapa mertuaku) kali terakhir..

11.10.10..
6.30 petang,aku bergegas pulang ke rumah,asbenku kol dan cakap abah jatuh..
6.35 petang, asbenku kol aku lagi dan cakap sesuatu yang tidak pernah kami sangkakan.."Abah dah takde sayang..."
Kupecut NBX berwarna merah itu supaya cepat sampai ke rumah...walau dalam kepenatan,aku gagahkan diriku memandu ke Perak kerana keadaan suamiku tidak terkawal..
seperti tidak percaya,masih terbayang lambaian arwah yang terakhir..

dan disini bermula segala-galanya...

Aku dikelilingi insan-insan yang sangat sayangkan abah mereka..and for the truth, aku makin tak pasti adakah aku kuat untuk menggembirakan mereka..
lebih-lebih lagi,ibu mertuaku disahkan menghidap lung cancer phase 3..
ya Allah,dugaan yang berat buat suamiku..aku hanya mampu melihat dan berada di sisi suamiku sebagai peniup semangat yang makin hilang..
ujian datang bertimpa-timpa..
hanya sabar mampu kututurkan.."abang..ingat Allah..Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..mesti ada hikmah semua ni..abang ingat kat abah,abang sedekahkan Al-Fatihah...doakan abah banyak-banyak.."
hanya itu mampu aku tuturkan walaupun aku tahu itu masih tidak cukup buat jiwa abang yang kesedihan itu..
sekarang,kami masih berusaha mengubati ibu mertuaku..setiap minggu kami pulang ke Perak..tiada apa boleh kami lakukan kecuali menyumbangkan tenaga kami untuk menggembirakan ibu mertuaku..

aku paling mengasihani abang..abang sangat penat tapi aku sangat terharu bila abang cakap "abang tade ape sayang..selagi abang ade tenaga dan kudrat,abang sanggup buat apa saja demi mak.."

Ya Allah,terima kasih kerana mengurniakan aku hadiah tidak ternilai ini..Terima kasih ya Allah kerana mengurniakanku nikmat dan rahmatMu..tolonglah ya Allah,sembuhkan penyakit ibu mertuaku..rahmatila roh bapa mertuaku..tempatkanla dia di kalangan hamba-hambaMu yang beriman ya Allah..dan rahmatila suamiku ya Allah..kurniakan nur dan hidayahMu kepada suamiku yang telah menjadi anak yang sangat baik kepada ibunya..rahmatilah kami ya Allah..suburkanlah cinta dan kasih sayangMu di hati-hati kami ya Allah..jadikan kami hambaMu yang taat menunaikan perintahMu dan akur meninggalkan laranganMu..Ampunkanlah kami ya Allah atas segala dosa yang telah kami lakukan...kerana hanya Engkau Maha Pengampun,Maha Pengasih dan Penyayang..Amin ya Rabbal Alamin...

semoga permulaan tahun baru ini adalah permulaan hidup yang bahagia buat semua bloggers dan kami sekeluarga..

Selamat Tahun Baru 2011...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Yusra's Closet Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez