Thursday, May 27, 2010

ForeVer aFter=>Shrek best!!

Posted by StokisUbijaga at 2:44 PM 0 comments
Suasana sejuk + beku di pawagam tidak memberi peluang langsung untuk aku berganjak dari tempat duduk..
Sebab apa?
SHREK laaa..lawak sangat cerita ni..tapi terselit pengajaran yang sangat bermakna..

Antara yang aku dapat tangkap pengajarannya,

  • Hargaila orang yang menghargai anda..
Kita tidak akan menghargai seseorang sehingga dia hilang dari pandangan mata...Samala macam Shrek ini..
Dia mempunyai keluarga yang bahagia,kawan-kawan yang menyayangi dia, semua orang rasa gembira dengan dia tapi dia rasa marah dan bosan dengan kehidupan dia yang biasa..
Jadi, apabila bertemu dengan Rumplestitkin yang licik dan jahat tu(dahla kemetot), sanggup dia gadaikan sehari hanya untuk menjadi gergasi yang ditakuti semula..

Natijah dia, isteri dia Fiona, tidak kenal lagi pada dia kerana dia tidak wujud..Sebab apa?ha..tu kena tengok sendiri..hehehe
 
Aku suka Fiona yang gagah ini..Selepas apa yang telah dilalui..Woman's power!!

p/s: aku bagi 10 bintang untuk filem ini..Kalau kamu semua tidak percaya cerita ini best, tengok dulu baru nilai ok..

Kak Balqis 's Giveaways

Posted by StokisUbijaga at 12:41 PM 0 comments
Mari..mari..tuan-tuan dan puan-puan..
Cet,macam nak jual kat pasar malam pula rasanya..hehe
Aku ni pantang jumpa kontest comel-comel ni,mesti nak join..apa?tak caye ke yang kontest ni comel..ish3..tak caye,tgk gambar kat bawah ni


comelnya!!!hehe

jadi,kalau you alls nak join,pergi aje kat blog tuanpunya ini, kak balqis

tak lupe juga, aku nak ucapkan terima kasih kepada kak su sebab introduce contest cumel ni..

ATM leh kuar emas?WOW!!

Posted by StokisUbijaga at 12:22 PM 0 comments
Salam..
Aku baru dapat email dari kawan aku pn.belleshah..
Terkejut ada, kagum ada semua adala perasaan tu sebabnya tengok gambar kat bawah ni..



 


 

An ATM Machine That Dispenses Real Gold

I know it sounds a “little” over the top, but in a place where wealthy sheiks come to drink cappuccinos topped with gold flakes, the gold-dispensing ATM machine fits right in.
Invented by German entrepreneur, Thomas Geisler, Gold To Go is an ATM, covered with a thin layer of gold, that dispenses 320 gold items, from small gold bars to customized coins. First tested in 2009, in Germany, the Gold To Go ATM is now set up in the Emirates Palace Hotel, in Abu-Dhabi, where the ceilings are coated in gold.
“All the gold is imported from Germany, and soon we will have a customized gold bar with a print of the Emirates Palace logo, which will be a nice souvenir for guests to take home,” said Thomas Geisler. So far his invention has proved a hit, with one of the hotel guests buying one of each gold items the ATM dispenses. Right now it only accepts local currency, but modifications for credit cards will soon be made.
The region’s high demand for gold, and the ongoing economic turbulence, make the Gold To GO ATM machine the perfect investment.

Wednesday, May 26, 2010

bengang tak kalau..

Posted by StokisUbijaga at 11:01 AM 0 comments

Pemotong 'Q' : Kurang sabar & kurang ajar


Jika anda sedang berbaris untuk membayar tol ataupun sedang menunggu giliran untuk bergerak di lampu trafik, adakah anda berasa marah jika ada orang yang memotong ‘Q'?
Jika anda tidak menyukai kelakuan sebegitu, elakkan dari melakukan tabiat buruk itu. Hanya mereka yang biadap akan memotong‘Q'. Tindakan memotong ‘Q' mementingkan diri sendiri.
Pastikan anda mengikut giliran kerana ia mencerminkan pemandu yang prihatin.

Artikel ni aku amik dari panducermat.org.my

Betul,aku saaaangat setuju dan sokong artikel ni..
Aku cukup tak suka si pemotong Q ni..tak reti nak bersabar..
lagi satu,sebab kan diorang ni la jalan jem..
hari-hari aku ngadap diorang ni, hari-hari jugak aku tension..
takde ker penguatkuasaan tentang benda ni eh?

kAu dAn AkU...beRbeZa

Posted by StokisUbijaga at 9:47 AM 0 comments
Salam..morning to alls..
Hari ini aku nak buka topik hangat sikit pasal kau,lelaki dan aku perempuan...

Tadi,aku dengar HOT FM dalam perjalanan ke tempat kerja, topik dia hari ni, KECOH KE PEREMPUAN??

Sebenarnya,aku kurang setuju dengan pendapat FBI aka Faizal Ismail itu sebab tak semua  perempuan itu kecoh..membebel-bebel tak tentu pasal..aku sendiri, kadang-kadang diam itu lebih baik dari berkata yang tidak baik..

Memang bagus pun perempuan kecoh..Perempuan tu sebenarnya menunjukkan perasaan sayangnya..

Yelah, kalau rumah bersepah disebabkan lelaki yang sepahkan, tak ke  haru satu dunia kalau isteri tu diam jer..tengok jer tanpa berbuat apa-apa?tak membebel-bebel, tak kecoh-kecoh..rilek and cool jer..apa akan jadi pada rumah itu?
Semestinya la rumah lelaki itu akan jadi macam tongkang pecah disebabkan mereka sendiri..

Lagi satu, lelaki ni memang akan naik lemak tengok isteri mereka senyap jer,tak kecoh apa-apa..
Esok hari, lelaki ini akan sepahkan rumah lagi..buat lagi..buat lagi..
Lepas tu, lelaki tu balik yang membebel-bebel, rumah tak kemas la, isteri pemalas la taknak kemas rumah..Siapa yang salah sekarang ni?
Semakin lama semakin nipis tahap kesabaran, memang takde siapa pun boleh sabar cik abang sekalian..
Jangan terkejut pula nanti kalau isteri yang sangat baik hati dan suci murni tu tiba-tiba meledakkan api nya..

Come on la..

Memang aku tau, lelaki ni tak betah buat kerja-kerja rumah macam perempuan buat..sebabnya lelaki ni memang berbeza...
kononnya, dia macho,dia ego,dia la ketua keluarga,tak patut kemas-kemas rumah ni..

Tapi, salah ke kalau lelaki aka suami tolong isteri tu..
pandai sepah pandai kemaskan...
ringan-ringankan tulang membantu isteri..
kalau isteri tu suri rumah takpela...
tapi kalau isteri tu pun keluar mencari rezeki untuk family?Apa sebenarnya harapan lelaki pada seorang isteri?
Jangan mengharapkan dia seperti suri rumah yang memang sah-sah duduk rumah 24 jam/7 hari,yang banyak masa untuk mengemas apa yang lelaki sepahkan itu..

aku tertarik dengan artikel dari Ustaz Hasrizal ini yang bertajuk:-

Lelaki dan Keluarga, Seperti Imam dengan Makmumnya

yang mana isi pentingnya kuungkapkan untuk perhatian lelaki-lelaki diluar sana:-

1)KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Sebelum nak menegur,tegur diri anda dulu..perbaiki diri sendiri..memang patut tegur isteri apa yang tak patut dibuat,apa yang tak wajar dilakukan tapi anda sendiri bagaimana?

2)SIFAT BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP JEMAAHNYA

bak kata Ustaz Hasrizal,

Seorang suami dan bapa hendaklah mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap segala keadaan isteri dan anaknya. Beliau mendisiplinkan mereka, manakala salah laku dan kecacatan yang ada pada isteri dan anak hendaklah dipulangkan kepada diri suami dan bapa. Renungi sejauh mana kita telah melaksanakan tugas tersebut dan apakah dosa peribadi yang telah kita lakukan sehingga kesannya tertimpa kepada isteri dan anak-anak.

3)BERHUBUNG DAN TIDAK MUFARAQAH 

yang ni paling penting, kadang-kadang perempuan tu kecoh bukan ape,nak kan anda semua lelaki-lelaki aka suami diorg dengar isi hati mereka semua..Ini tak, suka buat sepah,suke tengok rumah bersepah..biarkan aje.."apa guna aku ade isteri?"pernah tak terlintas di hati anda semua yang bergelar lelaki perkara ni? 

Lihat pendapat Ustaz Hasrizal di bawah ni, 

I would do less correcting and more connecting.

Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada correcting terhadap kesalahan isterinya sedangkan hak isteri untuk ‘dihubungi’ oleh suaminya tidak dipenuhi. Kita bersama tetapi terpisah, kita dekat tetapi jauh, kita sebumbung tetapi seorang di suatu lembah manakala seorang lagi di lembah yang lain. Sukar sekali di dalam masyarakat Melayu kita yang less expressive untuk membuka hati dan mulutnya, membina hubungan dengan isteri yang mahu didengari dan ‘dihubungi’. Budaya ‘man-to-man’, ‘heart-to-heart’ dan lain-lain bentuk komunikasi amat asing dari masyarakat kita kerana kita cenderung memendam, berdendam dan akhirnya amuk dan binasa. 

4) MEMBETUL DAN DIBETULKAN
so,dalam hal ni, kecoh ke tak kecoh ke takkan timbul andai sama-sama kita bergandingan,seiring sejalan..sepakat membawa berkat untuk membetul dan diperbetulkan.. barula tak kedengaran bebelan bak halilintar memecah bumi tu kan.. jadi, barula Allah perkenankan doa seorang suami seperti di bawah ni..


furqan74ii.jpg
Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”
1389.JPG

 p/s: tak gitu cik temah? sebarang kesilapan haraplah dimaafkan..semua yang diatas hanya la pendapat peribadi dan capaian maklumat adalah dari artikel Ustaz Hasrizal di laman Saifulislam.com..

Tuesday, May 25, 2010

aku pon suke makan jugak..

Posted by StokisUbijaga at 4:33 PM 2 comments
salam semua..hah..dah dapat contest yang besh...kikiki..aku suke bab-bab makan nih..tak caye tanya husbenku..(eh,bila plak korang kenal die kan?hihi)


hah..syarat2 dia lau nak tau klik jer kat gambar si pembuat kontest ek..
ok,aku dah jadik follower dia yang ke-225..
cantik-cantik pulak nombor ari ni kan..
hehe
gambarnye..jengjengjeng...

TARAA!!


hahaha..kelakar gila bile ingat time nih..ini jela satu-satunye gambar aku yang disnap masa makan sebab aku ni tak suka ambik gambar yang tak senyum (happening tak aku?hehe)...
masa makan pizza ni tak tau pon kena snap gambar,tau2 dah ade je gambar ni..
so,pada tuanpunyabelogyangbuat kontest ni ,hopefully menepati syaratlah yer..

aku follower die yang ke-100..heee

Posted by StokisUbijaga at 3:17 PM 0 comments

aik?ada ke entry macam ni..takpela,nak bebel jap..
aku pegi blog fyna pastu aku follow blog dia..tanpa disangka-sangka,aku ni jadi follower dia yang ke-100..bukan dia buat contest pon tapi aku rase best pulak dapat jadi follower dia yang ke-100..hehe

tu je..idea tak dak lagi nak tulis blog..

Thursday, May 20, 2010

Tips HaGemaRu 1

Posted by StokisUbijaga at 1:30 PM 0 comments
Salam..all readers yang dikasihi..
seperti yang dijanjikan di dalam belog ini,aku dengan rasminya nak berkongsi tips-tips dari hagemaru (bukan dalam tv tu tau tapi realiti hagemaru) kikiki..JIMAT....

Ok,untuk first entry ini, perkara basics yang maybe you alls sume dah tau atau pnh tau tapi terlepas pandang..

Sebelum memulakan sesi berjimat-cermat dalam hidup kamu, kamu mesti ada tujuan dalam hidup kan?

Kenapa kita perlu berjimat-cermat?

1. Jangan tak tau,dengan berjimat cermat, anda boleh jadi seorang jutawan..Tak percaya?percayala..kita akan bahaskan untuk entry yang seterusnya..

2. Kalau kamu tidak mahu menjadi jutawan, mesti nak ada simpanan ribu-ribu kan?jadi, berjimatla.

3. Dengan berjimat, anda boleh mengutamakan apa yang penting dalam hidup anda...Manusia ini ada dua pilihan dalam berbelanja..
  1. Keperluan
  2. Kemahuan / kehendak
Keperluan adalah perkara-perkara yang menjadi asas dalam hidup seperti makanan & minuman,tempat tinggal,kereta,perlindungan, pakaian dan sebagainya..

Kehendak/kemahuan pula adalah benda-benda yang kalau takde dalam hidup pun tak apa..Sebagai contoh, aksesori kereta,peribadi,hiasan rumah dan sebagainya..

Tips Hagemaru 1

Tips ini original daripada abang.Hal-hal tentang hagemaru jimat dan cermat ni memang husbenku seorang yang pakar..
Ok, sebelum memulakan langkah-langkah berjimat cermat, anda seharusnya memiliki satu senarai sebagai rujukan perbelanjaan anda iaitu senarai hutang dan pendapatan..

Contohnya, senarai hutang itu adalah hutang kad kredit,bil-bil semasa,sewa rumah(bagi yang duduk rumah sewa),pinjaman peribadi,pinjaman rumah atau sebagainya yang berkaitan dengan hutang yang dibayar secara bulanan..

ok, selepas itu, anda boleh juga senaraikan pendapatan anda yang pasif or aktif..

pendapatan pasif:-anda ada rumah sewa,jadi pendapatan rumah sewa itu adalah pendapatan pasif..
                           pendapatan yang selain daripada gaji bulanan anda

pendapatan aktif:-pendapatan yang statik anda dapat tiap-tiap bulan..contoh:gaji

Bila dah buat senarai, anda boleh menolak pendapatan dengan senarai hutang tadi dan jumlah tolakan itu adalah duit lebih untuk disimpan atau untuk dibelanjakan..

pendapatan - senarai hutang = duit belanja + simpanan

Selepas itu, anda perlu mengetepikan duit simpanan yang anda target untuk simpan pada bulan tersebut.. Contohnya:-

pendapatan - senarai hutang = RM 1,000 / 2

simpan = RM500
belanja = RM500

Duit simpanan RM 500 itu anda kena asingkan dan terus simpan ke dalam bank..Tapi,anda kena disiplin la untuk tidak menyentuh duit ini..tetapi,kalau rasa-rasanya nak lagi selamat, simpanlah dalam ASB..hehe

Ok, sekian sahaja..Kita bertemu lagi dalam tips hagemaru yang kedua nanti ek..

Wednesday, May 19, 2010

Mana satu pilihan Hati???

Posted by StokisUbijaga at 9:31 AM 0 comments
Aku terselak-selak email lame tadi and then terjumpa artikel ni..kawanku ayu telah menghantar email ni..

Yang Mana Perlu Kita Dahulukan?

Ada sebuah syarikat besar yang sedang mencari pekerja. Dalam ujian bertulisnya, mereka hanya memberikan satu kes untuk dijawab:

"Anda sedang memandu motosikal di tengah malam gelap gelita dan hujan lebat di sebuah daerah yang penduduknya sedang dipindahkan semuanya kerana bencana banjir. Pemerintah setempat hanya boleh memberikan bantuan sebuah bas yang saat ini juga sedang mengangkut orang-orang ke kota terdekat. Saat itu juga Anda melewati sebuah perhentian bas di kawasan itu. Di perhentian bas itu, Anda melihat 3 orang yang merupakan orang terakhir di kawasan itu yang sedang menunggu kedatangan bas:

* seorang nenek tua yang sakit

* seorang doktor yang pernah menyelamatkan hidup Anda sebelumnya

* seseorang yang selama ini menjadi idaman hati Anda

Anda hanya boleh mengajak satu orang untuk membonceng Anda. Siapakah yang akan Anda ajak? Dan, jelaskan jawaban Anda mengapa Anda melakukan itu!"

Sebelum Anda menjawab, ada beberapa hal yang perlu Anda pertimbangkan:

- Seharusnya Anda menolong nenek tua itu dulu kerana dia sudah tua dan sakit. Jika tidak segera ditolong akan meninggal. Namun, kalau difikir-fikir, orang yang sudah tua memang sudah mendekati ajalnya. Sedangkan yang lainnya masih sangat muda dan harapan hidup ke depannya masih panjang.

- Doktor itu pernah menyelamatkan hidup Anda. Inilah saat yang tepat untuk membalas budi kepadanya. Tapi, kalau difikir, kalau sekadar membalas budi, waktu lain boleh juga kan? Namun, kita tidak pernah tahu bila kita akan mendapatkan kesempatan itu lagi.

- Mendapatkan idaman hati adalah hal yang sangat menyeronokkan. Jika kali ini Anda tidak ambil peluang, mungkin Anda tidak akan ketemu dia lagi. Dan, impian Anda akan kandas selamanya.

Jadi yang mana yang Anda pilih?

Dari sekitar 2000 orang pemohon, hanya 1 orang yang diterima bekerja di perusahaan tersebut. Orang tersebut tidak menjelaskan jawabannya, hanya menulis dengan singkat:

"Saya akan memberikan kunci motorsikal saya kepada sang doktor dan meminta dia untuk membawa nenek tua yang sedang sakit tersebut untuk ditolong segera. Sedangkan saya sendiri akan tinggal di sana dengan sang idaman hati saya untuk menunggu ada yang kembali menolong kami."

Ya, jawaban di atas adalah jawapan yang terbaik bukan? Tapi, kenapa sebahagian besar hal tersebut tidak kita fikirkan sebelumnya? Apakah kerana kita terbiasa dengan tidak mahu untuk melepaskan apa yang sudah kita dapatkan di tangan dengan susah payah? Dan, bahkan berusaha meraih sebanyak-banyaknya?

Terkadang ..., dengan rela untuk melepaskan sesuatu yang kita miliki, melepaskan kedegilan kita, mengakui segala kekurangan yang kita miliki dan melepaskan semua keinginan kita untuk sesuatu yang lebih mulia, kita akan mendapatkan sesuatu yang jauh lebih besar.

jAdi,Mana satu agaknya yang menjadi pilihan anda?

Tuesday, May 18, 2010

kek kukus coklat..nyum..nyum

Posted by StokisUbijaga at 5:05 PM 2 comments
Semalam, aku buatkan abang kek kukus coklat..die teringin sangat..godek punye godek kat tenet, aku dapatlah resipi yang mudah lagi senang ni..tambah lagi satu SEDAP!!!

Kek Kukus Coklat

BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

PESAN SAJI: Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.

pesanan penaja:- gambar hidangan aku tak berkesempatan nak menangkapnye..habis licin disebat oleh kami berdua..kikiki..jadi aku tepekkan gambar yang sebiji macam dalam saji ni


owh eh,lupe nak pesan bape lame nak kukus..lau anda gune bekas besar, ikutla seperti di atas,selama sejam..tapi lau taruk dalam bekas comel2,sekejap aje dah masak dlaam 10 minit..heee

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI

Posted by StokisUbijaga at 11:01 AM 2 comments

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI

Nak yang mane satu Ben?aku letak dua-dua sekali menunjukkan kesungguhan aku menyokong belog mu..hihi



Nama aku masih lagi tak berubah,stil isyahizzati..tapi name sebenar izzati la..(eh,name samaran kan,pesal sibuk2 bagi name sebenar ni?hehe)
Okeh,blog ini bername Selepas Lafaz Itu sebab usia blog ini belom pon mencecah 2 bulan selepas hari pernikahan daku..ye lor,dulu aku dah ade blog tapi blog tu dideletekan atas sebab2 tidak memiliki lesen yang sah..bkn pe, blog tu masa zaman studi dulu,jadinye banyak entri yang masih kebudak-budakkan..mungkin blog ini ade gak yang kebudak-budakkan tapi aku akan try mengisi belog ini dengan bahan-bahan bermanfaat..
aku wujudkan blog ini untuk berkongsi pengalaman aku melangkah ke alam baru,macam mane nak jadi seorang isteri yang solehah..perjalanan untuk menjadi isteri solehah..resipi2 baru yang aku dah cube..ade gak resipi yang aku punye sendiri..ape yang terjadi dalam hidup seharian..ape yang aku baca yang boleh jadi topik..lagu-lagu aku suke,muvee yang aku tgk..macam2 ade la..
lagi satu,aku sebenarnye nak try jugak dapat income dari belog ni sbb orang kate senang nak dapat income kan..so,sambil makan ABC, sambil tu boleh tengok TV kan?ape tah aku merapu ni Ben..
Aku memang peminat setiamu Ben..walaupon aku jarang memberi komen atas kesibukan yang melanda diri ini, aku tetap lihat kamu setiap hari..aku tau jelajah blog ni direct drpdmu sendiri..
Ingatkan dah tak boleh masuk sebab Ben pernah jelajah blog picisan aku ni tapi rupe2 nya dibuka pada semua kan..yer,aku nak tergolong di dalam senarai murai,merak ke, helang ke..tak kisah ler memane..hee


p/s:Aku masih lagi tidak menunaikan janji ku untuk masukkan entry hagemaru jimat aku, sabar ye kalian..

Ben buat jelajah blog lagi.

Posted by StokisUbijaga at 8:48 AM 0 comments

okeh..okeh..i tau you olls teruja kan3..ben buat jelajah blog edisi ke-4..sape2 nak join,sila la ke belog beliau..klik kat gmbar ats eh

Monday, May 17, 2010

arghh!sAngat mEngecewAkan..huh

Posted by StokisUbijaga at 11:21 AM 0 comments
aku mulakan hari ini dengan entry kecewa..

abis bergema satu stadium..
Chong Wei..Chong Wei..
Choon Han..Choon Han..
MAlaysia Boleh..
go..go..go..Malaysia Boleh..
sian aku tgk peminat kat stadium..

kita lihat pula di rumah..
come on la Malaysia..you can do it..
ha,macam tu la main..tinggalkan dia jauh2..cepat2!!!
Malaysia!Malaysia!Malaysia!
sambil membuat tarian mak lenggang (ek?ade kaitan ker..)

yang penting bising ar kat mane2 rumah yang mengekori rapat perkembangan separuh akhir piala Thomas..
terutama rumah aku la..hehe
tekak abis kering nak bagi semangat.
berpuluh-puluh kali berdoa..menangla Malaysia..menangla..

Resultnya?

Chong Wei vs Lin Dan  - kalah straight set selama 47 minit jer..aku pon sdey Dato' Chong Wei
17-21, 8-21
 

Lee Chong Wei tidak dapat menahan kesedihan selepas tewas kepada jaguh China, Lin Dan pada separuh akhir Piala Thomas di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. – UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin 
Koo Kien Keat-Tan Boon Heong vs  Fu Haifeng-Cai Yun - kalah straight set
 15-21, 10-21



Beregu utama China, Fu Haifeng (kiri) dan Cai Yun meraikan kemenangan mengalahkan pasangan negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong pada perlawanan separuh akhir Piala Thomas di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. - BERNAMA 
 

Choon Han vs Chen Jin - kalah straight set
 16-21, 7-21

Dimanakah kesilapannya?
aku tau aku bukanla orang yang tepat untuk membebel pasal strategi badminton tetapi kurasa kekurangan Malaysia terlalu banyak..
senang2 jer kena kalah memang aku tak dapat terima..
yang kulihat, pemain China,walaupon menyertai kejohanan dunia hanya beberapa kali namun mereka mampu tersenarai sebagai top 5 ranking dunia..

 dari pemerhatian terperinci ku dan abangku..

1) Pemain China ni dah masak sangat dengan cara permainan pasukan Malaysia..ye lor,asik jumpe orang yang same..skill pon tak ubah-ubah..jadinye,senang la diorng nak tipu sane sini..senangla diorang nak tiow pemain Malaysia..main psikologi pon pandai terutama Lin Dan yang berlagak tu..adoyai,aku benci die nih..korang tengok betapa berlagaknye dia

tengok pe Lin Dan cakap
“Tidak.. saya tidak berminat untuk merampas kedudukan No. 1 dunia. Sasaran saya adalah mencari kejuaraan besar dan bukan mencari ranking yang baik.
“Tidak kisahlah apa pun ranking saya, saya tetap akan diingati sebagai pemain yang hebat kalau saya memenangi pingat emas Olimpik, gelaran dunia, All England dan membantu negara saya menjuarai Piala Thomas.
“Saya sudah memiliki semua gelaran besar, bermakna karier saya sudah lengkap. Sekarang adalah masa untuk saya lebih relaks dan menikmati permainan. Ia saya mengharungi detik yang menyeronokkan dalam karier saya,” ujarnya.


LIN Dan (kanan) cuba mententeramkan pemain negara, Lee Chong Wei selepas mengalahkan pemain No. 1 dunia itu pada separuh akhir Piala Thomas, kelmarin. 

Ni aku amik dari Utusan Malaysia apa jurulatih Malaysia cakap:-
Dua ketua jurulatih negara, Rexy Mainaky (beregu) dan Rashid Sidek (perseorangan) berkongsi pandangan serupa, China terlalu unggul dan Malaysia langsung tidak berpeluang untuk memenangi perlawanan.
Penampilan China kali ini amat mengejutkan, setiap pemain mereka sangat bersedia dan mantap. Tindakan berani negara itu merehatkan kebanyakan pemain utama pada kejohanan antarabangsa, membuahkan hasil yang luar biasa.
“Apa yang boleh saya katakan, China terlalu unggul hari ini. Pemain-pemain mereka hadir dengan persiapan yang amat luar biasa, mereka benar-benar mengejutkan kita.
“Kekuatan China tidak diduga. Terbukti, standard mereka jauh meninggalkan pasukan lain ketika ini. Pemain kita telah cuba memberikan yang terbaik, tetapi kita kalah kepada pasukan yang jauh lebih baik,” akui Rexy.
“Kita sudah memberikan yang terbaik, tetapi ia tidak cukup untuk mengalahkan China. Mereka sangat kuat hari ini,” kata Rashid pula.

 2) Pemain Malaysia ni takde pelapis ke?Tak latih pelapis ke?asik turunkan orang yang same smpi org tu dh nak bersara pon trunkan lagi..kite tengok Indon, diorang banyak pemain baru tau..semangat berani mencube indon mmg aku kagum..even die pon kalah 3-0 dengan China..huhu..so, team Malaysia, aku harap start dari sekarang,sila latih orang baru..nanti,takdela kite bergantung harap sangat pada orang2 yang dah terer tapi tua...

3) Rasenye la, Malaysia kena wujudkan team pengkaji strategi perlawanan..kena ade orang kaji strategi pemain-pemain handalan yang dah menang tu..aku tau aku tak terer main badminton tapi aku nampak ape yang berlaku masa kat stadium hari tu..Pemain China lawan Malaysia macam harimau nak terkam mangsanya pastu Malaysia akur jer, main pon macam kucing Siam..takut kena baham

4) Pemain-pemain terbaik Malaysia patut diberi rehat secukupnya..tak yah la nak kejar gelaran dunia tu,yang penting kalahkan China dulu..lau nak kejar kejuaraan dunia tu,turunkan pemain-pemain baru supaya dapat bagi exposure kpd diorang..yang pemain ade ranking ni, simpan untuk latihan lebih mengancam untuk tewaskan China yang berlagak tuh..eeii..geramnye aku!!

5)  Kekuatan mental dan fizikal harus bergerak selari..ha,ni yang aku nampak, semua jadi huru-hara bila berdepan dengan China..aku tau pemain Malaysia baguih2 belaka tapi diorang takde kekuatan ampuh untuk lawan strategi psikologi lawan..ini yang paling ketara la..aku tau,aku ni sedap cakap je, cube aku terjun di tempat pemain2..ye,aku tau tu..tapi, kenapa mesti mengaku kalah dulu sebelum berjuang?tak payah la pikir pasal harapan Malaysia ke, peminat ke..pemain patut fikir pasal diri sendiri..selarikan mental dan fizikal unutk bagi yang terbaik even lawan tu sebesar gajah..aku suke tengok pemain jepun, Suiji Sato yang kalahkan Hafiz Hashim tu..haaa..tu namenye kekuatan fizikal dan mental bergerak selari..even die pendek dan kecik dari Hafiz, macam mane die boleh kalahkan Hafiz yang tinggi tuh?pikir2kan yer team Malaysia..

ok,sekian saje butir2 terperinci ttg piala Thomas yang hanya mimpi saje di tangan kita..
dun worry, 2 tahun lagi, aku akan tetap sokong skuad Malaysia sbb aku cintakan Malaysia..
sokongan yang tidak berbelah bahagi ini tidak akan ade maknenye kalau team Malaysia buat derk je n still truskan strategi2 lapuk deme..(ceh,macamla blog aku ni fofular sangat orang nak baca..ade aku kesah?manela tau kot2 misbun terjumpe plak entry ni kan?hheee)

pesanan dari penaja:-
Ape yang terkandung di dalam entry ini adalah pandangan peribadi..sesape yang terase atau merase,aku mintak maaf...hanya luahan dari seorang penyokong setia negara Malaysia

Sunday, May 16, 2010

Kau mgkin bkn yang pertama tapi Pasti yang terakhir..insyaAllah

Posted by StokisUbijaga at 10:05 AM 0 comments
Gempakkan tajuk di ats?hee..(budget cun btol aku ni)

Apakah makna tajuk entry sy di atas kepada anda?

Sebelom anda semua jawab, aku la kena jawab dulu,btol x?

besela,kisah peberet semua orang, Cinta..

dulu,
aku pernah terjatuh
jatuh berkali-kali sehingga aku serik
tapi
aku ttp ade CINTA
kerana hati tanpa cinta
ibarat pohon merimbun yang takde buah

kini,
aku telah dimiliki..
oleh seseorang yang betul2 DIA ciptakan untukku..insyaAllah
kisah semalam kujadikan iktibar sepnjang hayat..
jika dikurniakan zuriat..
akn kukongsikan kisahku pada mereka
biar menjadi teladan dan batu loncatan sempadan
buat peneguh iman
buat penyuluh sepnjang jalan..

kerana CINTA..
ramai yang merana
kerana CINTA
ramai yang membunuh insan-insan kecil yang tidak bernama..
kerana CINTA
buang emak, buang keluarga..

namun

kerana CINTA
maka lahirla insan sehebat Rasulullah SAW
kerana CINTA jua
nikmat dikurnia tidak tertanggung akan syukurnya
kerana CINTA
kita diuji olehNYA
kerana CINTA
negara ini aman dan sentosa
dan..
kerana CINTA
ingat ini selalu
Kau mungkin bukan yang pertama tapi PASTI terakhir..insyaAllah

Saturday, May 15, 2010

Sape suke lagu ni..beshnye

Posted by StokisUbijaga at 10:41 PM 2 comments

Suaraku (Berharap)

Disini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu
Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu, Oo~ meski tanpamu
Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
Kalau aku masih tetap disini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu, oo~ aku menunggu
~{}~
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku disini menunggunya
Masih berharap didalam hatinya
Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku disini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
Oo~
Suara dengarkanlah aku

        

p/s: dah lame dengar lagu ni tapi tak carik coz besh jer dengar kt radio..lau dgr byk2 nnt borink plak..btol x?untuk semua readers..terima kasih

Friday, May 14, 2010

award lagik..yeay

Posted by StokisUbijaga at 4:09 PM 2 comments
sila tepuk tangan sume..ni award baru sampai dari rumah cikpn.belleshah..sowi2,i lupe u lagi dlu join wifey club dari i..hehe..menarik kan idop berumah tangga?hihi

ni dia award nye..
sape pn.belleshah ni di mata i?
bagiku, dia adlh besfrenku..yang jujur dgn diri die sndri..klu tak suke,die ckp xsuke..
dlu die pnh jadik roomate aku kt utm..byk mende yg kitorg gaduh kngsi bersme..hehe
especially, ttg kisah abg kesygn dia tu..yg penting aku tahu kisah mereka..hehe
aku sayang dia sbb dia mmg besh..time kasih belleshah coz jadik kawan aku..

air mataku menitis jua..

Posted by StokisUbijaga at 11:52 AM 0 comments
salam..
akhirnya, AdaMaya abis sudah..lepas ni mesti hari2ku sunyi tnpa Adam...huhu(ek,jgn gedik lor..cik abg nk cmpak mane?)kikiki..


aku menangis?
yup, insan yang bernama izzati ni mmg mudah mengalirkan airmata..tapi semalam, aku macam terasa aku ni jelmaan Maya..i ni mmg emotional..huhuhu
cerita ni mmg sesuai bagi mereka2 yang telah, sedang dan akan curang..Aku tak suke..
I'm not one of them ok..nauzubillah min zalik..moga dijauhkan..
hubby ku sudah terlalu baik,tiada sape yang dapat menggantikan beliau di hati hamba..luv u bang..

Sedikit bingkisan aku terhadap cerita ini

For the first, aku dah agak cerita ini memang kesinambungan I'm Not Single..sebab lagu Yang Terindah tu mmg aku ingat sangat..

Bagiku cerita ni peringatan sebenarnya, jodoh pertemuan bukan di tangan manusia..
Tak kirela 10 tahun ke anda bercinta, tapi kalau memang Tiada Jodoh, anda tidak akan bersama selama-lamanya kerana ALLAH tahu apa yang terbaik buat anda..

Lagi satu, cerita ni bagus bagi mereka-mereka yang telah,sedang dan berniat untuk curang..
percaya dan akurla bahawa insan yang telah melalui saat2 Selepas Lafaz Itu, adalah yang terbaik untuk anda..dia adalah pelengkap pada anda..redhala akan insan itu...sehebat mana cinta anda hadir unutk orang lain, cinta itu tidak akan lengkap tanpa ikatan yang sah..cinta itu tidak akan dapat mengubah kenyataan bahawa anda miliknya..
Cinta itu tak buta..manusia yang butA menilai erti cinta itu sebenarnya
Kita tidak akn merasa kekosongan bila dia ada di depan mata,,,tapi, bila sudah kehilangan, baru nak menghargainya(hopefully masih bellom terlambat)..

Cite ni pon berkaitan dengan tanggungjawab suami isteri..
AdAm adalah gambaran suami dan bapa yang mithali..even die teruk macam mane pon kena sakit ati dengan Maya,die tetap tunaikan t/jawabnye..malu pulak aku sbg wanita bile tgk Maya buat tak kisah pasal t/jwb die..hurm..

kebanyakan plot2 dalam cite ini berkait dengan kisah kekeluargaan.sangat bagus untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian(tapi tidak yang curang itu...ok)..

cite ni penuh dengan kasih sayang..sebab itu aku sangat suke pada cite ni..ia mengajak penonton berkasih sayang..

endingnye sangat sweet tapi rasenye akn lebey sweet kalau Dani tu masuk hospital orang gila..hehe..pastu,ape kesudahan Lisa???sungguh tidak adil aku rase bagi insan sebaik die keseorangan..huhu

ok then, cukup x aku merapu?heee..

Thursday, May 13, 2010

aku ade tapi untuk post entry *zero*..hurm

Posted by StokisUbijaga at 4:36 PM 0 comments
Salam,dah agk beberapa hari jugak aku tak layan post entry kat cni..aku ade,suke je blogwalking gi kt entry2 blogger len tp mood untk menghapdate blog *zero* terus..

idea banyak tapi nak menulis,wargh!!satu kepayahan yang amat sangat bagi ku sekarang..

tak taula dimanakah silapnye..apakha?hurm..

sori bagi sesapa yang jengok2 aku kat cni..time kasih ats kesudian kalian..

ni adiah untuk sape yang bace blog aku eh

time kasih sudi singgah..

tunggu ek,aku bakal muncul dengan buah fikiran yang lebey bernas selain entry sebegini..sebelom berundur, layankan aje tips2 di bawah:-


63 Tips bahagia bersama Pasangan

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.



1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi menang-menang.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan pasangan.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut I love you sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Friday, May 7, 2010

dh ade award..terharunye

Posted by StokisUbijaga at 2:37 PM 6 comments
miss honeyamour,time kasih byk bg award nih..beshnye..cium skit..mmuah2..hehe..sblom tu,adela syarat die lau nak amik kan3

 
caranya :
>copy award ni
>buat 1 entry pasal award ni
>ucapan terima kasih kepada pemberi award
>senaraikan 15 blogger yang anda nak berikan award ni <-15 cik honey?mane nak carik nih..ok2,xpe,i bg jer sape2 yg prnh singgh blog i k

  1. Meimei..my best fren
  2. Murni..my roomate
  3. cik intan
  4. cik siti
  5. emam
  6. kak hana
  7. en.joe
  8. belleshah 
  9. suad
  10. ela
  11. hami
  12. zilhan
  13. cik zara
  14. so close
  15. GT 
Fuhh..siap jgk..


Hepy Mother's Day sume ibu,mama,mak,ummi,mami

Posted by StokisUbijaga at 9:49 AM 0 comments

Hari ni kat Hot FM,topik pagi nye "Rahsia ape yang hanya Mak dan Anda sahaja yang tau"..

Terharu sbnrnye dgr coz rmi yang tepon sume besh2 citenye..tapi aku?..

lagi byk berahsia drpd mak coz aku lebey rapat dgn ayah.. tak tau la knp tp ntah,aku ni kot yang bermasalah..huhu

tapi aku ttp sygkan mak..sbb mak dgn ikhlas hatinya melahirkan aku, mendidik aku, jaga makan pakai aku, basuh sh** aku, semuanya mak buat tanpa mintak balasan..



bile dh ber umah escalator nih, baru aku tau erti rindunye aku pada mak..
ye lor,dlu lau nak balik,sasuke hati aku jer bile2..

la ni, i kena tgu cik abg dlu br leh balik..ye lor,mane besh nk balik sorg2..tak romantik tau you ollss ni..eh?pe aku carutkan nih..hikhikhik

neway,mmg SAYA SAYANGKAN MAK SANGAT2 INFINITY..

SELAMAT HARI IBU PADA MAK SAYA DAN KEPADA SEMUA YANG TELAH DAN BAKAL-BAKAL MENJADI IBU KAT LUAR SANE..

sayangila ibu anda semasa mereka masih ada..
hargaila mereka..gembirakan hati mereka..
sesungguhnya mereka dan anda adalah yang terhebat dan anugerah paling agung Allah kepada manusia seluruhnya..
terima la lagu dari saya..(jap2..test mic jap..erm..erm..btolkan sore skit...hehe)

Ibu..Ibu..
Engkaula Ratu Hatiku..
Bilaku berduka,Engkau hiburkan selalu..
Ibu..Ibu..
Engkaula ratu hatiku..

yeah..one more time please (budget sore sedap..hikhikhik.)

p/s:
“Ibu bapa adalah pintu Syurga yang paling tengah. Terserahlah kepada kamu sama ada mahu mensesia-siakan pintu itu atau memeliharanya” (Hadith sahih riwayat Ahmad, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Thursday, May 6, 2010

Slogan Untuk abg eQ...

Posted by StokisUbijaga at 5:05 PM 5 comments


uih,mcm norman hakim abg kt atas ni kan3..syhh,jap2,asal norman hakim?..aku tak suke orang yang curang..grrr.

STOP!!ish,membebel plak aku nih..sori2 bg.eq, ari ni otak tak centre sgt..hihihi

so,smntare otak tak centre ni, baik sy join contest ni..hehehe

kurasakan something eh --->kuch kuch hota hai

peminat hindustan kot bg.eq nih..pasal tu la letak name blog ni..
tp tym first2 masuk blog ni,mmg agk terkujat,ingtkan blog norman hakim tadi..PANGGG!!asal ko sebut name die lagi nih..


Slogannya:

"hhmmm...saya follow 'Kurasakan Something...' kerana walaupun muke abg.eq macam norman hakim,saya suka gambar-gambar dalam blog ni sbb ade cenderajiwa (taula ko nak menang,jgn nampak sangat..hee)soul yang menceritakan apa yang bg.eq lalui..saya suke sume gambar2 tu dan saya sukela blog ni sgt (walaupon baru je jengok..hehe)..'
[tidak melebihi 30 patah perkataan]

ha,ckup x?ckup kan3..lau terlbih tu bg.eq anggp je sy ckp dlm hati eh..hehe..

ok,siap!!!yeay!!

terima kasih Ben Ashaari

Posted by StokisUbijaga at 1:38 PM 3 comments
ni entry balas kepada en.Ben..
 wow,cptnye anda jelajah ke blog saye..hehe..trime kasih..

ingtkan tunggu bulan Jun nanti,jadi,smptla aku nak tmbah sane tmbah sini tapi dah kne terjah dulu..tenkiu Ben..

ni gift untuk en. Ben

Myspace Thanks Glitter Graphics



ape aku nak tulis nih..

Posted by StokisUbijaga at 1:19 PM 0 comments
aku xtau pesal,mood aku ilang nk nulih skrg ni..jap lg la,tgk lau2 de mood eh..hihi

Wednesday, May 5, 2010

Ikan Masak Sos

Posted by StokisUbijaga at 12:31 PM 0 comments
Ok2..i teruja sekarang..hehe..la ni baru dpt tngkp gmbr meh msk2 i..gediks la plak..
byangkan selame aku hidop,br aku tau ade sejnis mskn pling simple iaitu ikan bawal masak sos..pergh,xtau nk ckp la..pttla abang terkejut dgr aku tak tau buat..
ape lagi,minx tlg incik Google la pasal resipi nih...thank en. G..(nak tanya abang segan..hee)

search punye search, aku kidnap dari my.Resipi.com..

ni resipi asal nye dr zhiela tapi ade la aku adjust skit ikut suke..hee..meh layankan aje

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 2 ekor ikan bawal(sederhana besar)
  • 2 ulas bwg merah
  • 2 ulas kecil bwg putih
  • sedikit halia (ni aku tak letak coz stok habis)
  • 3 @ 4 sudu mkn sos cili
  • 1 sudu mkn gula
  • 2 mangkuk kecil air(bergantung pada citarasa anda, lau nak kuah lebey,tmbah air banyak skit)
  • Sedikit garam 
  • Sedikit serbuk kunyit untuk disapu pada ikan
  • * Sedikit cili padi
  • * 1 biji tomato (potong dadu)
  • * sedikit sos tiram
  • * 1 labu bawang besar (hiris bulat-bulat)

Cara-cara

  1. Ikan bawal dipotong n direndam dgn air asam jawa utk buang bau hanyir...biar seketika
  2. Kemudian toskan dan letak sedikit garam, n serbuk kunyit.
  3. Goreng ikan tersebut hingga masak.Ketepikan.
  4. Bwg merah dan bwg putih ditumbuk halus. Cili padi dibelah dua
  5. Di dalam kuali,panaskan minyak n kemudian masukkan bahan2 yg telah ditumbuk tadi hingga naik baunya..Masukkan sedikit sos tiram.
  6. Kemudian tambah dgn air n sos cili n gula.Gaul hingga sebati...
  7. Setelah menggelegak seketika,masukkn garam secukup rasa. Lepas tu, masukkan bawang besar dan cili padi tadi.
  8. Bila kuah sos sudah menggelegak, masukkan tomato tadi dan kacau..Bile agak2 dah pekat sikit, tutupkan api n tuangkan kuah tadi ke atas ikan bawal yg telah digoreng awal td..
  9. Siap untuk di makan
 Bahan-bahan bertanda (*) tu aku tambah sendiri..Sedap rasanye..Selamat mencube =)

Tuesday, May 4, 2010

anugerah TerinDah

Posted by StokisUbijaga at 10:12 AM 2 comments
Betol la Ustaz slalo kate,jangan putus asa dengan rahmat Allah..sebab ape,aku dah merasai rahmat Allah itu sekarang.. 
kenapa aku cakap semua ni, kerana aku telah dianugerahkan Allah seorang suami yang sangat best..
kelmarin, abang nyanyi untuk aku lagu ni..terima kasih abang sebab jadi pelengkap hidupku..(cet,jiwang karat gak aku nih..hehe)

untuk sume,layankan lagu dari Wali Band ni..

Baik-Baik Sayang :

aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu sayang

karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

reff:
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada aku untukmu

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

repeat reff:

 

Monday, May 3, 2010

indahnya..SubhanAllah..

Posted by StokisUbijaga at 1:53 PM 0 comments
Pagi ni on the way pegi keje aku disambut oleh keindahan pelangi..subhanAllah..antara kejadian alam yang amat aku kagumi..melihat pelangi saje dah boleh buat kan hati2 yang gundah menjadi seronok..hebat bukan ciptaan Allah..

Pagi ni jugak, aku sempat memasak ikan sambal dan goreng udang bertepung..simple jek tapi sgt menyelerakan..simple is the best..smpt jgk buat cucur ikan bilis peberet abang..hehe

Ikan Sambal

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan termenung/ tak kisah ikan ape2 pon..
  • 1/2 ulas bawang besar dihiris halus
  • *2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar cili boh / cili kering (dimesin)
  • *sedikit halia
  • sedikit asam keping
  • sedikit sos cili
  • sedikit minyak
  • sedikit kunyit
  • garam + gula secukup rasa

Cara-caranya
  1.  Setelah dibersihkan, ikan dilumurkan dengan sedikit kunyit dan garam seterusnya digoreng (jangan terlalu garing)
  2.  Tumbuk bahan bertanda *. Kemudian, tumis cili kering hingga naik minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
  3. Masukkan bawang dan sedikit sos..kacau hingga sebati..Jika terlalu kering,tambah sedikit air dan kemudian tunggu hingga mendidih..
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa..
  5. Masukkan ikan goreng dan kacau..masukkan asam keping tadi dan kacau..
  6. Tunggu selama 5 minit, masakan sedia untuk dihidang.

Udang goreng tepung

Bahan-bahan

  • 8 ekor udang putih
  • Tepung Kentucky
  • 1 biji telur
Cara-cara
  1. Udang dibersihkan.
  2. Gaulkan udang dengan tepung Kentucky
  3. kemudian, celup udang ke dalam telur dan goreng hingga masak.
  4. Bolehla dihidangkan..senang aje


Cucur ikan bilis

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 batang daun  kucai
  • 1 mangkuk ikan bilis kecil
  • 1 biji telur
  • 1 sudu cili kering yang telah dimesin..cili boh pon boleh
  • sedikit garam
  • sedikit air 
Cara-caranya
  1. Campurkan semua bahan-bahan diatas, kacau hingga sebati (dengan sudu)..
  2. Panaskan minyak dan goreng bancuhan tepung tadi sehingga kuning keemasan..
  3. Sedia untuk dimakan..cicah sos pon sodap

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails
     

    Yusra's Closet Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez