Tuesday, June 29, 2010

bersawang dah..hapdet ringkas..internet kala tiada kerja,boleh tak salah pon..

Posted by StokisUbijaga at 4:16 PM 0 comments
salam readers..
maaf sebab tak update kan blog ni berhari2 lamanya..
on the way nak buat kontes yang tarikh tutupnye esok..tak tau la sempat ke tidak..
kepada puan belleshah, tag kamu tu kontest kan tapi i akan buat jugak..tuggu yer..
sekarang tak berapa sihat..aku demam sebab hidu asap rokok yang sangat kuat..
jadi, kepada penggemar rokok,jangan dekat dengan aku ye kalau nak merokok..
last but not least, layankan artikel di bawah buat renungan bersama..



Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja


Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya.
__________________________
______


Soalan

Saya merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat yang agak besar. Saya terlibat didalam bidang "development" produk. Masalah yang saya hadapi ialah jika tiada produk baru yang dikeluarkan maka kerja saya pun akan berkurangan sehingga kadangkala boleh dikatakan sampai tiada kerja langsung.Waktu tiada kerja ini kadang kadang mencecah berminggu-minggu.

Saya tidak nafikan, bila ada produk baru yang akan dikeluarkan, maka saya akan mulai sibuk dalam tempoh development produk tersebut. tetapi apabila produk ini sudah masuk ke tahap "Mass Production" atau pengeluaran, maka saya tidak lagi bertanggugjawab.

Jadi di waktu tersebut bila sudah tiada kerja, maka saya akan habiskan waktu pejabat dgn Surf internet, berEmel atau sesekali keluar dari tempat kerja untuk ke bank dan sebagainya.

Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya.

Apa pandangan ustaz tentang masalah ini. Dan saya juga ingin meminta pendapat ustaz tentang apa yang boleh saya lakukan di waktu saya tiada kerja.

Diharap ustaz faham masalah yang saya utarakan ini dan saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya agar dapat menjadi panduan buat saya dan semoga kerja saya diberkati olah Allah.

JAWAPAN

Alhamdulillah, apabila muncul perasaan risau dan mengambil berat akan pendapatan kita, itu adalah satu tanda yang baik terhadap iman di dalam diri.
Nabi telah memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dengan katanya juga:-
فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام

Ertinya : Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219)

Berdasarkan pertimbangan hukum, kedudukan gaji seseorang pekerja menjadi tanggungan ke atas majikan melalui kontrak kerja (‘Aqd al-‘Amal). Kita dapat melihat contoh aqad ini dari kisah Nabi Musa dan
Nabi Syuaib a.s.

قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ
Ertinya : Berkatalah dia (Syuaib): ""Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik ( Al-Qasas : 27)

Dari ayat di atas, jelas Nabi Syuaib menawarkan kontrak kerja selama lapan tahun kepada Nabi Musa.
Dalam konteks kerjaya di zaman ini, perincian kontrak khususnya berkaitan tugasan dan tanggungjawab akan diberikan. Justeru, kerjaya seseorang melayakkannya kepada gaji tentunya berbeza mengikut jenis dan karakter kerjaya terbabit. Jenis dan karakter tugasan itulah yang perlu dirujuk untuk melihat sama ada gaji yang diterima boleh berubah menjadi syubhat dan haram.

Secara ringkas dan sekadar memberikan contoh, ia seperti berikut :-

1- Kerja yang dibayar berdasarkan jam kerja. Contohnya kerja part time di kilang pembuatan, guru separuh masa dan sebagainya.

Ulasan : Bentuk kerjaya sebegini tidak dinafikan memerlukan pekerja untuk kekal bekerja sepanjang jam yang akan diberi gaji. Jika tugas telah disiapkan sebelum jamnya tamat, pekerja sewajarnya terus menyempurnakan kerja yang telah siap itu atau terus bekerja iaitu dengan melakukan apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi kerja yang telah dan akan dilakukan kemudian hari. Ini bermakna, culas dalam menggunakan setiap minit dan jam yang diberikan gaji boleh membawa kepada gaji syubhah.

2- Kerja dibayar berdasar tugasan specifik. Sesuatu tugasan itu pula berkemungkinan boleh disiapkan lebih awal atau melebihi waktu biasa kerja.

Ulasan : Antara kerja sebegini konsultan, penterjemah dan sebahagian Pensyarah di Universiti. Yang mana mereka dikehendaki menyiapkan tugasan specific dalam satu tempoh yang diberi. Pensyarah contohnya dikehendaki mengajar dalam jam tertentu manakala baki waktu adalah untuk melakukan kajian dan mendalami ilmu berkaitan dengan bidangnya, bagi menambah kepakaran dirinya. Bagi konsultan, menyiapkan tugasan specific ini mungkin tidak dihadkan oleh sesuatu jam tertentu. Tidak kira berapa lama jam diperlukan untuk menyiapkannya, pembayarannya telah ditetapkan lebih awal. Tatakala itu, sekiranya konsultan dan pensyarah ini melayai internet sekali sekala bagi mebuat kajian, menenangkan fikiran dan apa jua yang tidak bercanggah sama sekali dengan sifat kerjanya. Menurut pendapat saya, gajinya tetap kekal sebgai halal dan harus.

Bagi penterjemah dan sepertinya. Apabila habis terjemahan yang dibuat, tiadalah gaji diberikan untuk waktu-waktu lain. Gaji berdasarkan projek dan tugasan tertentu sahaja. Melayari internet dan berehat dan seumpamanya bagi petugas dalam bidang ini juga tiada masalah, kerana gajinya dibayar bukan berdasar masa tetapi tugasan yang diberikan. Jika kerja dapat disiapkan segera, tentunya dia bakal perolehi pendapatn yang juga segera. Jika dia banyak menghabiskan masanya untuk layari interent, lambat pulalah gaji dapat dinikmati.

3- Kerja yang diikat dengan tempoh waktu khas setiap hari, sama ada terdapat kerja atau tidak, pekerja mesti sentiasa ada di pejabat sepanjang tempoh terbabit.

Ulasan : Contoh tugasan sebegini adalah pekerja rasmi di pejabat kerajaan, swasta sama ada bersifat pentadbiran utama, sokongan atau pengurusan utama.

Semua jenis kerjaya ini biasanya mempunyai waktu bekerja setiap hari iaitu 9 pagi hingga 5.30 petang. Namun tugasan yang perlu dilakukan, sebahagiannya boleh melebihi jam 5.30 petang untuk disiapkan, khususnya bagi jawatan pengurusan tertinggi, tetapi gaji mereka tidak bertambah kepada lebih masa tadi, ia hanya berubah berdasarkan penilaian lain.

Bagi tugasan sebegini, adakalanya kerja tiada dalam waktu kerja harian mereka, membawa mereka kepada menghabiskan masa, sekadar duduk, melayari internet dan sebagainya. Bagi saya gaji mereka tetap halal disebabkan komitmen mereka yang tetap terus berada di kerusi mereka menanti kerja-kerja yang akan tiba pada bila-bila masa. Hasilnya, rehat mereka, internet mereka adalah HARUS selagi mana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada prestasi kerja mereka, tidak menyebabkan kos luar biasa kepada syarikat dan TIDAK DITEGAH oleh syarikat dalam pekeliling umum kepada seluruh kakitangan.
Namun begitu, yang terbaik, waktu kosong tadi dimanfaatkan untuk apa jua aktiviti yang boleh meningkatkan tahap efisyen diri. Namun tidak dinafikan, rehat adakalanya memang diperlukan bagi menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanpa rehat mencukupi, sesuatu tugasan khususnya yang memerlukan kerahan idea dan minda sukar disiapkan.

KESIMPULAN

Justeru, melihat kepada soalan tadi, tidak boleh dinafikan sama sekali, sebahagian tugasan boleh disiapkan lebih awal dan sementara menunggu tugasan baru, tiada kerja specifik yang diperolehi, ketika itu pada hemat saya kes saudara tergolong dalam kategori ketiga ini. Tanggungjawab saudara di ketika tiada kerja adalah perlu sentiasa ada di tempat kerja, bagi memastikan kiranya terdapat kerja, ia boleh segera disampaikan. Dengan itu, anda sudah dikira melaksanakan tugasan. Namun sebaiknya, sebagaimana disebutkan di atas, masa tersebut dimanfaatkan untuk meningkatkan kepakaran diri agar boleh dimanfaatkan oleh majikan dan umat seluruhnya. Termasuklah di dalam hal tersebut, menggunakan waktu kosong untuk meningkatkan ilmu Islam dan ketaqwaan kepada Allah.

Tiada sebarang unsur haram berlaku walau banyak masa di habiskan dengan rehat dan melayari internet asalkan sahaja ia semuanya tidak menganggu tugasan utama dan sampingan yang dipertanggungjawabkan. Manusia bukanlah robot yang mampu untuk setiap inci dan saat bekerja.

Justeru, rehat mereka dalam tempoh yang berpada pada hemat saya masih tergolong dalam takrif ‘KERJA’ kerana kerja yang baik dan berkualiti adakalanya memerlukan tubuh dan minda yang fresh atau segar. Dalam konteks itu, rehat amat diperlukan tetapi jangan terlebih rehat sehingga termasuk di dalam bab ‘curi tulang’ dan tidak efisyen di dalam pelaksanaan tugasan. Wallahu’alam
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
29 Jun 2010
Brunei Darus Salam

Wednesday, June 23, 2010

poHon hiDup..

Posted by StokisUbijaga at 12:48 PM 1 comments
Aku sebenarnya tertengok dan memang betul-betul menginsafkan Halaqah Sentuhan Qalbu di TV9 malam tadi..


Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria , mufti negeri Perak sebagai tetamu jemputan berpesan:
"Apa-apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini hendaklah kita terus-menerus serahkan pada yang Maha Esa kerana tujuan hidup kita adalah untuk kembali kepada DIA..Bersabarlah,bertahanla..walau apa pun yang terjadi, Allah tetap bersama-sama kita"

Slot ini memang sangat berguna untuk kita muhasabah diri kita..
Sejauh mana hala tuju kita..Adakah makin menghampiri Allah ataupun makin menjauhi..Nauzubillah
Jadila pohon yang hidup dengan akarnya yang tunjang dan kuat mencengkam tanah iaitu menggenggam iman kepada Allah secara utuh,
dengan pohonnya merendang yang dapat melindungi makhluk-makhluk yang ingin berteduh..
dan menghasilkan buah-buahan yang manis sebagai bekalan makanan untuk makhluk sejagat..

Sangat menyentuh hati dan perasaan
Aku yang terlalu mengantuk terus segar dan berlinangan air mata kerana rancangan ini memang menyentuh hati dan perasaan..
Terkenang kembali dosa-dosa yang telah kulakukan..
Ya Allah..
Aku lupa..
Ampuni dosaku...


Tuesday, June 22, 2010

pEnjara PUdu dirobohKan?ohh..tidak

Posted by StokisUbijaga at 9:55 AM 0 comments
headline berita malam tadi
penjara pudu akan dirobohkan?
ish3..nape pelik sangat Malaysia ni..
penjara tu 1895 tau..lame tuh
boleh jadi tempat bersejarah tau..
lau kat luar negara tu,
bangunan2 macam ni la diorang lagi appreciate..
taktau la ape yang difikirkan oleh kerajaan Malaysia ni...
mungkin 
Malaysia ni dah tak cukup tanah kot?

Thursday, June 17, 2010

Spain kaLah?uwaaaa...

Posted by StokisUbijaga at 9:01 AM 1 comments
Aku xtau kenapa tapi aku memang amat2 teringin nak tgk Spain..aku bkn fanatik or ape tp ntah,aku suke kot tgk jersi spain..cantik warna die..ye lor,aku kan suka merah..hehe

Tapi,bile aku tengok sejarah perlawanan Spain vs Switzerland, tak pernah satu pon Switzerland menang..Yes,memang takde masalah..

tapi,bile aku tengok perlawanan permulaan Spain, aku dah agak, dari muka diorang lagi, diorang oVer confident..ye la, tak pernah kalah..

Dalam hati aku ni cakap, kompem kalah la Spain ni..

haaa...kan dah menjadi kenyataan..

Switzerland menjaringkan gol sulungnya di Piala Dunia 2010, 1 berbalas 0 mengalahkan Spain..

tula,pemain kesayangan aku Roul dah takde, memang takde mood aku nak tengok..hehe

layankan result akhir jer..selebihnya, aku berangan pula jadi penyiasat CSI..wakakaka..

jadi kawan-kawan, kita ambil iktibar ye dari semua yang berlaku ni..

  1. Jangan over confident ok sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di hadapan kita
  2. Jangan putus asa walaupun anda telah kalah 15 kali tapi mana tahu, kali ke-16 anda menang pula. .

Tuesday, June 15, 2010

Jika Anda baiK..Anda paSti aKan dapat yang baik-baik saje :)

Posted by StokisUbijaga at 3:38 PM 2 comments
Salam semua readers..
Cukup lama aku tak mencoret isi hati aku ni kat sini..
Al-maklumlah, kehilangan idea seketika akibat banyak perkara yang berlaku...
Semalam rasanye aku dengar dekat Hot FM tentang topik balasan ni..

BalAsan...

Ada seorang caller wanita dia berkata, seumur hidup dia, dia tak pernah dapat balasan yang baik walaupon dia telah lakukan sebaik mungkin dalam hidup dia..

Aku tak berapa setuju dengan keluhan dia kerana semua orang pernah rasa pedih di hati kan? pernah rasa sakit sangat dekat hati ini sampaikan tak dapat nak berkata-kata..hanya Allah yang mengetahuinya..Aku juga begitu..

Tapi, apa yang menyebabkan wanita itu tidak bahagia adalah cara penerimaan nya terhadap setiap apa yang berlaku di dalam hidupnya..
Macam aku, tipula ye kalau aku tak pernah sakit,tak pernah bengang, tak pernah bosan dan banyak lagi la..
Semua aku dah rasa tapi aku masih ingat pintu kebahagiaan Allah itu terlalu luas..
Yang penting adakah kita kuat untuk melupakan apa yang berlaku...

Mungkin ramai orang berkata, "tak semua orang fikir macam tu..Kau cakap senangla"

Ya..aku tau itu tapi tidakkah kita semua sama..
Menyedut udara Ilahi yang amat nyaman di dunia ini..

Kenapa orang lain boleh bahagia tapi tidak kita?

Aku cukup yakin dengan janji Allah..
"Perbuatan yang baik hanya akan dibalas baik"
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
"Niat yang baik akan sentiasa mendapat pahala dan kebaikan"

Tidakkah kita boleh tersenyum dengan apa yang telah dijanjikan oleh Allah itu?

Kepada wanita..walaupun aku tak tahu siapa kau dan apa pun masalah kau..Aku harap kau ingat sesuatu...
Jika tiada cinta untuk kita di dunia ini, ingatlah bahawa Allah itu sangat-sangat mencintai hambaNya..
Jika tiada kasih untuk kita di bumi ini, ingatlah Rasulullah yang sentiasa kasihkan umat-umatNya...
yang menyebut kita di akhir hembusan nafasnya..
Tidakkah kita berasa beruntung???

Anda PemaRah??

Posted by StokisUbijaga at 3:07 PM 0 comments

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

a) Pemarah
Paling
mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
b) Pendendam
Tersembunyi
ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti akan menyakitkan hati atau menempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam ni mudah kena sakit jantung.
c) Hasad dengki
Amalannya
hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
d) Bakhil
Sentiasa
merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana  kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
e) Tamak
Orang
yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak kan selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia  dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan,itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain disitu). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
f) Tidak sabar
Andainya
perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
g) Ego
Ibu
segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Kerana itu, semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
h) Riak
Terseksa
sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada. Kerana Allah itu lebih berhak terhadap apa yang dimiliki oleh kita..
i) Cinta Dunia
Tidak
dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat  susah pula menjaganya. Boleh ada harta, tidak mengapa tetapi kawal lah hati supaya jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'nerakadunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu ditangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lainlainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terlekadengan dunia buruklahh padahnya.
mazmumah = sifat-sifat buruk di dalam diri seseorang
mujahadah = mendekatkan diri kepada Allah dengan menginsafi kekhilafan diri sendiri

p/s: Segala isi-isi ini diambil dari blog adikku, Cahaeya Kebahagiaan yang telah di edit sikit oleh aku..ngeeee..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Yusra's Closet Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez