Saturday, August 28, 2010

adakah? part 2..

Posted by StokisUbijaga at 9:48 AM 3 comments
kerisauan aku memuncak..hai, dah dua minggu tak datang-datang cik P ni, ilang kemane?
akhirnya, aku dan suamiku berjumpa dengan Dr. M..
"Kita buat test ye.."Dr. M tersenyum comel melihatku..

aku pon pergi ke toilet dan melakukan apa yang disuruh..
test air kencing ler,apa lagi..hehe


Dr. M memanggilku kembali masuk ke kliniknye..
"Ok ye Izzati, saya tengok awak ni weak positif pregnant..mungkin awal lagi dalam 4-5 minggu?"

"Yeke Doc?Alhamdulillah..salam junjungan buat Rasululllah SAW.."

Suamiku tersenyum kerana impian kami akhirnya tercapai..

Pembukaan bulan puasa kami dianugerahkan berita itu..alhamdulillah..

Hari kedua puasa..

Aku sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja...

Tiba-tiba telefonku berbunyi..

Dalam hati,mesti abang dah sampai ofis..

"Assalamualaikum..abang dah sampai ye?"

"Sayang,abang accident. Datang sekarang ye sayang..darah banyak keluar kat mulut ni"

Menggigil seluruh tubuhku..MasyaAllah..
tolong ya Allah,selamatkan suamiku..
terburu-buru aku menyarung hijab di kepalaku..dalam hati terus berdoa moga tidak terjadi apa-apa pada suamiku..
Telefon berdering lagi..
"Abang,abang ok tak ni..sayang dah on the way.."

"Sayang jangan bawak kereta laju-laju ye..ingat baby...jumpa abang kat KPJ Seremban..kawan abang, Shakirin tolong bawak kat KPJ"

"Ok abang.."

Badanku masih menggeletar..dalam masa yang sama, aku kurangkan kelajuan kereta dari 100km/j ke 80km/j..
pesanan suamiku itu kuturuti..dalam hati, hanya Allah yang mengerti..
Aku mencari nombor telefon majikanku..

"Hello Shirley,i'm afraid i cannot go to work today..my husband got an accident..sorry.."
hanya itu yang mampu terluah bersama linangan air mataku..telefonku letak untuk fokus pada pemanduanku...ya Allah, selamatkanlah suamiku..

sampaiku di KPJ, aku menuju ruangan kecemasan namun tiada kelibat suamiku..nombornya kudail..
"abang kat mana bang..sayang dah sampai kat KPJ ni.."
"sabar sayang..abang sikit lagi nak sampai..sayang jangan risau ye.."
sebuah Proton Persona memasuki ruangan kecemasan itu..abang..

kulihat abang luka dengan banyaknya di muka,tangan dan kakinya..sweater yang dipakai terkoyak di bahu..
masyaAllah, perasaanku tidak menentu waktu itu..abang dibawa masuk ke wad kecemasan..

"Camne leh jadi Kirin?"
"Along kate budak sekolah tu melintas tibe-tibe..Dia tak sempat nak brek.."
"Budak sekolah tu camne?die ok ke?"
"Dia takde pape..luka sikit-sikit je.."
"Alhamdulillah.."
"Hang pegila masuk wad tu..Dia bagi je masuk"
'Owh,yeke..ok2.."

Aku pun masuk ke wad kecemasan itu..Kulihat abang sabar menahan sakitnya..
"I terpaksa tahan wad sebab I nak tengok ade injured dalaman ke tak.."
"Ok doc, thank you.." Dr.Tang tersenyum memandangku dan abang..

"Sori sayang..terpaksa amik cuti hari ni..dahla sayang susah nak cuti."
"Takpe bang, keje tak penting sekarang ni..Abang yang paling penting sekarang ni"

Abang dimasukkan ke wad untuk sehari..13/8/2010,abang telah dibenarkan doktor untuk keluar dari wad..
tiada sebarang kecederaan dalaman namun luka-luka di badan abang, Allah saja yang tahu pedihnya..
ramai jugak yang datang melawat abang..mak ayah aku,mak dan ayah mertuaku serta adik beradik iparku, adik beradik aku, dan kawan-kawan abang..
setelah urusan hospital diselesaikan, aku membawa abang bersama-sama mak mertuaku dan adik iparku ke pejabat polis untuk buat report..

sampai saja kami di rumah, aku dah tak larat..keletihan melampau kurasakan..mungkin kerana kandunganku...
aku masuk ke bilik air untuk membuang air kecil tiba-tiba kuterlihat tompokan coklat di seluar dalamku..
Ya Allah,apakah ini?
aku memberitahu suamiku dan ibu mertuaku..
dan malam itu,kami pergi berjumpa Dr.M semula..
doktor tu scan, takde pape yang nampak..aku disuruh test air kencing lagi sekali...
dan..
hanya satu line kelihatan..
Dr. M memandangku dan berkata..
"Kandungan awak dah takde.."

ya Allah..hatiku pecah bagai kaca terhempas ke lantai..zuriat kami..dah takde..
air mataku tahan..aku tidak mahu menangis di hadapan mertuaku..aku pon tak pasti kenapa..
perjalanan dari klinik ke rumah kurasakan kosong..
hatiku menangis..
ya Allah, besarnya dugaanMu ini..tabahkan hatiku ya Allah..
kulihat abang tenang..
sampainya kami di rumah,bilik kutuju..abang turut masuk untuk melihat keadaanku..
"Abang, tolong kunci pintu tu.."
Air mataku tak tertahan lagi..aku menangis semahu-mahunya di pelukan suamiku..
"Dahla sayang..takde rezeki untuk kita..."
air mataku bagaikan sungai yang mengalir deras..aku tak tahu bagaimana untuk respon dan tak tahu apa harus kujawab..
yang ada hanya kesedihan di hati yang tak mampu kuluahkan..

dan ini juga alasan mengapa blog ini tidak diupdate untuk sekian lamanya..maafkan aku

Sunday, August 15, 2010

under construction..

Posted by StokisUbijaga at 1:47 PM 1 comments
adeh..tetibe templat aku buat problem plak..so,kepada sume readers yang dtg,sori,blog ni xfrendly wt sementara waktu..nanti aku akan construct cantik-cantik lagi ye..

Saturday, August 7, 2010

Alhamdulillah..namaku tersenarai

Posted by StokisUbijaga at 9:08 PM 0 comments
salam..erks?aku dah lama tak bukak blog dan rini baru ada kekuatan untuk bukak..yela,bkn pe,akhir-akhir ni aku tersangatlah penat..ntah,tak tau pesal..
dan aku melihat entry terbaru untuk contest father figure dari kak ida rahayu..

alhamdulillah,aku berada di dalam kelompok finalis..nampak tak nama di bawah isyahizzati? tula nama blog aku..hehe




jika ada yang nak membaca entry ini, sila klik bingkisan buat ayah

terima kasih kak ayu, hopefully ade rezeki kali ini..

Wednesday, August 4, 2010

adakah? part 1

Posted by StokisUbijaga at 2:03 PM 1 comments
Ok,first of all, aku memang sekarang ni amat berhati-hati untuk makan..yela,every time kite masukkan makanan dalam badan kite ade fungsi-fungsi tertentu samada akan melemahkan badan kita atau memberi tenaga..

sekarang ni aku dah terasa macam simptom-simptom preggy..so, aku nak kongsikan sikit tanda-tanda awal kehamilan yang dicedok 100% daripada laman web ni http://tinatakeshi.wordpress.com

Missed Period

Perhaps the most obvious early symptom of pregnancy is when you’ve missed your period. (actually,masuk hari ni baru 4 hari je lewat period..hehe)

Swollen/Tender Breasts:

Swollen or tender breasts is a pregnancy symptom which may begin as early as 1-2 weeks after conception. Women may notice changes in their breasts; they may be tender to the touch, sore, or swollen.
(yang ni belum ada lagi..tapi anda pula bagaimana?)

Fatigue/Tiredness:

Feeling fatigued or more tired is a pregnancy symptom which can also start as early as the first week after conception.
(ni pon ade,kul 10 dah masuk tidur..kadang-kadang tengah keje pon leh terlelap..hihi)

Dizziness and/or Fainting

One of the more surprising pregnancy signs is dizziness and/or fainting. Going up stairs, standing up suddenly after sitting for a time, or just having to stand in line at the grocery store can make you feel light headed. You might even faint. As the uterus swells it compresses arteries in your legs. This can drop your blood pressure and make you dizzy. A common early sign of pregnancy is that you may feel faint when you have gone a while without eating. This is due to low blood sugar, because that is your baby’s main source of food.
(okeh,yang ni aku alami semalam..aku dah takut kot2 pitam..alhamdulillah takde pape)

Nausea/Morning Sickness:

This well-known pregnancy symptom will often show up between 2-8 weeks after conception. Some women are fortunate to not deal with morning sickness at all, while others will feel nauseous throughout most of their pregnancy.
(ni pon belum lagi)

Backaches:

Lower backaches may be a symptom that occurs early in pregnancy; however, it is common to experience a dull backache throughout an entire pregnancy.
(oh no,saya alami ini sejak isnin lpas..memang sakit sangat-sangat..yeke aku ni pregnant eh?)

Food Cravings:

While you may not have a strong desire to eat pickles and ice cream, many women will feel cravings for certain foods when they are pregnant. This can last throughout your entire pregnancy.
(simptom ni memang sangat ketara..tak habis-habis melantak,aku rase macam dah kembang badan aku ni..huhu)

Frequent Urination

An early symptom of pregnancy that others may notice you experiencing is frequent trips to the restroom. Your family or friends may comment that you seem to be going off to the ladies room quite often lately.
(yang ni tak perasan sangat tapi ye kot..sekarang cepat haus,cepat letih..sumenye ade)

okeh,setakat ni aku tak pergi beli pregnancy test untuk check sebab takut nak berharap sangat..tapi pn.tina kat laman web yang aku lampirkan itu memang amat-amat menggalakkan buat test..resultnye nanti aku update kemudian yer..

untuk yang nak pregnant, sila JANGAN makan langsung benda-benda di bawah ini:

1. jeruk ,asam (coz ade cuka yang sangat tak sihat untuk baby)

2. KFC, MC'D, PIZZA HUT dan sebarang fast food yang anda rasa fast..(bahan kimia yang diorang guna kita tak tahu ape..jadi, ambil langkah berjage-jage k )

3. NUGET..jangan terkejut,saya pun turut terkejut..nuget memang salah satu benda yang dilarang makan bagi sesiapa yang benar-benar inginkan anak..

4. lada hitam aka blackpepper..ni aku dapat dari kawan aku, die cakap coz lada hitam ni panas..jadi amat bahaya untuk wanita-wanita yang ingin mengandung..

setakat ini jer yang aku dapat cedok dari pelbagai laman web,pelbagai site,pelbagai blog dan pelbagai pengalaman orang..nanti aku update lagi ye

p/s:unutk pn.bain,maaf saya tak bagi kamu minum susu..padahal susu sangat-sangat digalakkan untuk meminumnya..cume seminggu selepas kahwin je tak elok minum..lepas tu,kena minum banyak-banyak..heeee

Tuesday, August 3, 2010

Menangisla..

Posted by StokisUbijaga at 4:42 PM 0 comments

Mata Siapa Yang Tidak Pernah Menangis

www.murabbi.net
Dihantar Oleh : KAKLONG
Editor: KAKLONG


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.


Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"


Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"


"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"


"Ayah, bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"


Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"


Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"


Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"


"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.


Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.


Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.


Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan
loceng sekali lagi. Akhirnya, pintu rumah itu dibuka.


Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"


Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.


"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"


Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.


"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian, saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".


"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"


"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".


"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya, kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".


"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam
neraka"


Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir. ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.


Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.


Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!


TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!

Friday, July 30, 2010

Imam muda unggul..Asyraf

Posted by StokisUbijaga at 10:31 PM 0 comments
Alhamdulillah..selesai sudah pencarian Imam Muda..
memang the bestla program ni..antara program terbaik rancangan realiti..
mulenya aku sangka Hizbur menang sebab markah dia lebih tinggi..
tapi, Allah tu tahu apa yang lebih baik kan?
rezeki untuk Imam Muda Asraf..Tahniah..moge Asraf menjadi ikon belia masa kini..

bingkisan buat seseorang bergelar Ayah..

Posted by StokisUbijaga at 8:28 PM 4 comments

salam semuanya..aku dah lama letak contest ni dalam edit post aku, ingatkan lambat lagi nak tutup..jadinye,bile aku tengok update dari kak ida rahayu, tutpnye 10pg esok dengan terburu-burunye aku buat..so,sesape nak tahu pasal kontes ni,sila-sila klik pada gambar yang comel di atas ok..

Ayah
macam mane ye nak mulakan cerita..
as seorang yang memang betol-betol rapat dengan Ayah..
aku anggap Ayah pakwe pertama aku la..hehe..xdela,ayah tetap ayah

masa kecik dlu,aku ni nakal
nakal sangat..
jadinya,banyak kali jugakla kena rotan dengan ayah
tapi aku langsung takde rasa takut kat ayah
sebab kadang-kadang
ayah selalu beli cekelat untuk aku

mulenya aku takla begitu rapat dengan ayah 
namun
ade satu kejadian di mana aku kena buat pilihan
antara ayah dan mak
pilihan itu diberi kepada semua adik beradikku
dan aku seorang memilih Ayah
dan sejak itu
Ayah sentiasa memanjakan aku
hanya Ayah faham akan peribadiku

ada satu hari,
aku di universiti ketika itu
Ayah memang tahu,
aku ni tak reti nak meminta itu dan ini kepada Ayah
apatah lagi meminta sesuatu yang melibatkan harganya ribuan ringgit
tetapi
Ayah menghadiahkan aku kereta..
ujarnya agar aku mudah untuk bergerak
dan aku tidak dapat berkata apa-apa
hanya bersyukur kepada Allah kerana Ayah sangat memahami aku
 terima kasih Ayah...

dan ade satu ketika
Ayah diserang sakit jantung..
mulenya aku tak tau
aku ingatkan Ayah sakit biasa je..
ms tu mule la aku marah-marah kat Ayah
sebab tak dengar cakap aku supaya berhenti merokok
lepas tu, mak bawak Ayah pegi hospital
Ayah ditahan wad...
bila aku dapat tahu berita itu..
aku menangis tak henti-henti
aku pegi melawat Ayah
Ayah hanya tersenyum pabila aku meminta maaf akan tindakanku..
hanya Tuhan je yang tahu perasaan bersalahku ketika itu..

pada saat aku tersenyum..
pada saat aku jatuh..
pada saat aku rasa tersisih..
pada saat semua orang menyalahkan aku..
pada saat aku marah..
pada saat aku kecewa..
dan pada saat aku mengalirkan air mata..
Ayah yang paling setia di sisi..
tanpa Ayah
aku tidak akan menjadi seperti aku sekarang..
terima kasih Ayahku yang tersayang..

teringat kata-kata hikmah dari Ayah kepada aku..
"Masa depan Alang hanya Alang yang boleh corak kan..kalau rajin, insyaAllah, berjaya la Alang..dan kalau malas,tiada sesiapa yang dapat membantu..Ayah hanya dapat berdiri di belakang Alang untuk sokong Alang, selebihnya hanya usaha Alang sendiri.."

walaupun aku dah berkeluarga, setiap satu kenangan itu tidak pernah terpadam dari memori aku kerana Ayah sudah sebati dengan diriku..
mungkin aku dapat memberikan sesuatu kepada Ayah dengan kontes ini, sape tahu kan?
tiada kata yang dapat aku luahkan untuk menghargai Ayah selain ucapan terima kasih kerana telah membesarkan aku menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara..
terima kasih..



To Sir with Love..
Cikgu Ismail bin Alias

conFused??tolong..tolong...

Posted by StokisUbijaga at 1:04 PM 0 comments
Adeh..aku rasa macam seram sejuk la plak nak duk kt company ni..\
nak tau sebab ape?

owh,lupe,aku tak pernah cite pasal diri aku kan?

sebenarnya aku seorang executive yg berkerja di sebuah company chinese..swasta la ni..
company contractor..
so,aku ni dalam kekeliruan yang amat sangat sama ada nak stay ataupon carik keje lain?

nak tau sebabnya?

baru-baru ni, company aku ade terima job untuk bina sebuah convention centre bagi pihak gereja..
jadik,aku ni kan rajin,so,aku carik la perihal tentang convention centre ni..
aku ingtkn c.c ini hanya sekdar anjurkan aktiviti biasa..yela,same macam c.c yg lain..adakan mkn malam, discussion,meeting,conference..
tapi,rupenye c.c yang lagi satu ni menjurus kepada kegiatan keagamaan diorang..
aku takleh sentuh dalam-dalam lagi coz ni memang isu sensitif..
tapi sbg seorang Islam, dan aku jugak tau kegiatan keagamaan ini amatlah giat dijalankan di negara kita ni, aku taknak terlibat dalam sebarang bentuk yang menyalurkan bantuan untuk kemajuan pusat kegiatan agama diorang..bak kate kawan aku, paling sikit,saham dosa aku masih ade selagi gereja tu digunakan..huhu..tolong..tolong..

kepada bloggers,ade tak sesapa yang tau kekosongan kerja di Negeri Sembilan..jurukur bahan..
aku rase memang nak benti kerja sekarang..tolong aku..huhu

Wednesday, July 28, 2010

golongan ke-berapa?

Posted by StokisUbijaga at 9:18 AM 0 comments
Aku menulis selepas terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu yang baru aku dapati di Tanyalah Ustaz pagi ini..

Rasulullah SAW bersabda:

Terdapat 4 golongan manusia di dunia ini..

Golongan pertama : 
Golongan yang mempunyai harta dan mempunyai ilmu..Golongan ini selamat kerana Allah kurniakan dia dengan nikmat di dunia dan bekalan untuk akhiratnya..Kerana hanya melalui ilmu, tahap iman seseorang akan makin bertambah..

Golongan kedua:
Golongan yang tidak mempunyai harta tetapi mempunyai ilmu..Golongan ini juga selamat kerana walaupun dia tidak mempunyai harta yang banyak, kemiskinan yang menghimpit merupakan ujian terbesar tapi pabila dia berilmu dia pasti tahu ujian yang diturunkan untuknya itu adalah sebagai kifarah dosa unutk dia semakin hampir dengan Penciptanya...

Golongan ketiga:
Golongan yang mempunyai harta tetapi tidak berilmu..Golongan ini sangat bahaya kerana dia cenderung menggunakan hartanya pada jalan yang salah kerana dia tidak berilmu..Golongan ini tidak selamat di mata Allah..walaupun mempunyai harta yang banyak tetapi hatinya tidak terpanggil untuk mengingati Allah..sesungguhnya dia berada pada kesesatan yang nyata..

Golongan keempat:
Golongan yang tidak berharta dan tidak berilmu..seteruk-teruk golongan,sudahla miskin di dunia, miskin juga di akhirat..

Kata kunci yang ingin dikongsi di sini ialah kepentingan menimba ilmu terutamanya ilmu agama bagi mendekatkan lagi kita dengan Allah pencipta kita..jadi, aku hanya menyampaikan sedikit ilmu semoga beroleh manfaat buat semua..


jadi anda berada di golongan ke-berapa?

Thursday, July 22, 2010

Bini aku ade ketumbuhan kat otak die..Tumor..

Posted by StokisUbijaga at 10:56 AM 2 comments
Hai..pagi-pagi dah kena pergi mesin fotostat ni..Di front desk, aku terlihat rakan sekerjaku sedang menguruskan timbunan surat-suratnya..

“Man,apsal tak datang keje semalam?Ponteng eh..” usikku..
“Bini aku masuk hospital..”

Terdiam aku seketika..Rasa bersalah menyelubungi diriku..

“MasyaAllah..Ha?Kenapa?”

Man hanya diam..Air matanya bergenang..Aku kaget.

“Bini aku pitam semalam..Masuk-masuk hospital je terus koma..Doktor cakap, bini aku ade ketumbuhan kat otak die..Tumor..”

Ya Allah, beratnya dugaan yang dipikul rakanku ini..Seingat aku, seperti baru semalam wajahnya berseri-seri kerana baru lepas bernikah..Namun, apakan daya..Usia perkahwinan Man yang baru mencecah 2 bulan itu diuji dengan ujian yang begitu perit sekali...

Aku mengumpul kekuatan untuk berkata-kata..
“Innalillah hi wain na ialihi roji’un..MasyaAllah..sori weh,aku tak tau..abis tu doktor kate dah sampai tahap berapa?”

Wajah Man kelihatan sugul sekali..
“Doktor kate dah sampai tahap kritikal..Kalau operate, 50-50 harapannya..”
Aku kehilangan kata-kata..Sabar wahai teman..
“Dah tahap 3 tu..Masa sebelum kahwin,kau tau tak penyakit die ni?” Aku tak tau adakah patut aku bertanya soalan begini tapi sifat ingin tahu aku benar-benar mengatasi logik akalku..

Kulihat dia tenang dan menjawab,
“Aku tak tau Ti...Dia cakap kat aku selalu sakit kepala je..Aku ingatkan sakit biasa-biasa..Semalam baru aku dapat tahu..”

“Abis tu, cukup tak duit kau nak bayar operation nanti?Bini kau kat mane sekarang?”

“Die kat HKL..aku ade duit sikit,aku rasa cukup kot..”

Perbualan seterusnya biarla menjadi rahsia..Apa yang pasti, rakan sekerjaku ini memang memerlukan bantuan kewangan..Dari riak mukanya, aku tahu dia tidak mahu meminta-minta..Tapi, aku sebagai manusia mengerti bahawa aku harus melakukan sesuatu untuk membantu rakanku ini..Apa pendapat readers sekalian?

Monday, July 19, 2010

menawan ker?heee..

Posted by StokisUbijaga at 3:16 PM 0 comments








syarat-syaratnye anda kena pegi ke laman blognye sendiri yer..klik je gambar kat atas tu


so,cik fatin,ni la gambar yang ingin dipertaruhkan..hehe



gambar terbaru dan panas lagi dalam hp..br je ditangkap ari sabtu ari tu sempena festival flora putrajaya..


owh..lupa pulak..tag 2 orang ye?


ok.. saya nak tag

saya dapat tahu contest ni dari siapa lagi kalau tak en. Ben kita..hehe

Friday, July 9, 2010

gengBlogger Gathering..tolong promote

Posted by StokisUbijaga at 12:53 PM 0 comments
 salam sume..just nk tlg pomotkan..i nk pegi tp ade urgent hal melibatkan fmily..so,moge kamu semua ceria-ceria selalu yer..

10hb Julai 2010
10.00 pagi - 5.00 ptg
Putrajaya Challenge Park (new location)
GENGBLOGGER GATHERING!!

Tema : Unlocking the secret of your childhood memories

jadi budak-budak?
permainan budak-budak?
makan makanan budak-budak?

tunggu update dari kami!


Tentatif

9.00-10.00 : Pendaftaran
10.00-1.00 : Suai kenal + games!!
1.00-3.00 : Makan + solat
3.00-4.00 : Sharing session
4.00-5.00 : Aktiviti bebas (bergambar + mandi tasik???)


Ramai yang sudah mahu ikut sama!
Juga ada ada senior blogger yang akan datang!
Jom sama-sama memeriahkannya!

nak tau lebih lanjut??sila ke link ini http://joegrimjow.blogspot.com/

Thursday, July 8, 2010

peningnya kepala..haram ke tak ni?

Posted by StokisUbijaga at 4:43 PM 0 comments
Aku baru nak syok-syok meminati program Halaqah Sentuhan Qalbu kat tv9 tu tp time tu la jugak kuar fatwa dari Jabatan Agama Wilayah Persekutuan mengatakan ESQ tu haram. Sila rujuk..
 
http://www.muftiwp.gov.my/pmwp/profail_jabatan_files/fatwa_esq.pdf..

memang la tak mengharamkan halaqah sentuhan qalbu tu tapi pengajarnye dari ESQ training..aku rujuk ustaz zaharuddin punya artikel
 
 
ESQ takdelah sesat cuma satu teknik baru penyampaian dakwah..
mungkin ter 'over' sikit tapi Ustaz Zaharuddin dah suruh orang ESQ perbetulkan..
aku tak nampak ape-ape masalah pun..
mungkinkah aku ni ke kurang agama ataupun ntahla..
aku harap mufti WP buat satu penjelasan lanjut mengenai perkara ini..

p/s:pelikkan?

Moga dapat diambil iktibar...wahai sahabat-sahabatku..

Posted by StokisUbijaga at 1:38 PM 0 comments
27 Rejab makin menghampiri..
teringat rancangan Tanyalah Ustaz pagi tadi..
Betapa besarnya keagungan Allah..
Mengangkat Rasul, hambaNYA, kekasihNYA
menghadap Allah Maha Esa..
apabila Rasulullah SAW berkongsi kisahnya kepada penduduk Mekah..
jangan tak tahu..
ramai juga yang sudah Islam murtad apabila mendengar kisah ajaib Baginda..
memang tidak logik pada akal kita manusia yang terbatas ini..
tapi
iman harus mengakui kebenarannya..
itulah antara mukjizat terbesar Rasulullah SAW kesayangan kita..

dan antara yang dijumpai Baginda SAW ketika dalam perjalanan menghadap ALLAH
antara azab-azab neraka
yang kebanyakannya dihuni oleh perempuan..hiasan dunia yang paling indah
dan sebaik-baik perhiasan..
adalah Wanita Solehah..

Ku kongsikan sedikit golongan wanita yang terdapat di neraka


Siapakah 'wanita berbonggol unta'??

“Sabda Rasulullah s.a.w. : Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun” (riwayat Muslim)

Dan diiriwayatkan oleh Imam At-Tabari dalam Al-Mu’jamus Saghir dengan sanad soheh bahawa Rasulullah bersabda yang maksudnya; akan datang suatu masa dalam umatku segolongan wanita berpakaian tapi sebenarnya mereka bagai bertelanjang tanpa pakaian.Sanggul mereka ditinggikan bagai goh unta(bonggol).Kutuklah mereka,sesungguhnya mereka itu terkutuk (dikutuk oleh Allah).

RASULULLAH s.a.w. sewaktu Israk dan Mikraj telah diberi kesempatan oleh ALLAH SWT melihat ke dalam neraka. Ternyata kebanyakan penghuninya terdiri daripada wanita. Mereka menerima azab dan seksa yang amat menggerunkan.

Jika diteliti beberapa perkara yang dikaitkan dengan wanita, amat jelas masalah AURAT adalah masalah utama yang menyebabkan sebilangan besar golongan wanita diazab oleh Allah di dalam neraka, tetapi masalah ini jugalah yang paling susah hendak diterima oleh wanita.

Bukankah perempuan itu adalah hiasan dunia, tetapi mereka juga adalah fitnah terbesar dunia…wallahua'lam


Tuesday, July 6, 2010

aku menanti..

Posted by StokisUbijaga at 12:36 PM 0 comments
Sepanyol dan Netherland..dua-dua group ni aku minat..
tak taula boleh ke tidak diorg ni ke final..
tapi aku pelik la..
knp org msti percaya pada sotong kurita berwarna oren itu???
masa argentina vs germany ari tu, aku doa sangat moga argentina menang..biar orang tau sotong tu takleh nak ramal-ramal..
tapi kalah plak argentina tu..
tu yang buat orang makin minat dan percaya pada sotong kurita tuh..ish3..pe nk jadi dgn dunia sekarang..

Monday, July 5, 2010

Awak kena cari identiti sendiri..yeay,Mentor!

Posted by StokisUbijaga at 12:59 AM 0 comments
Salam..lame tak menghapdate,jadi aku updatekan keputusan Mentor the latest..Juara mentor kali ini ialah


MOHD...
tahniah!tahniah!..
actually,dah lame aku tak tengok konsert Mentor oleh kerana kehangatan Piala Dunia 2010..
Aku tengok Mohd dulu takde la seterer seperti malam ni..
dan yang paling aku budget terkeluar awal ialah MOhd..
tapi,aku terleka sebentar dengan kehangatan wakawaka shakira..
aku amatla terlupa pada Mentor yang satu ni..
lastly,malam ni aku tengok
dan memang aku sangat kagum
Ziana Zain memang berjaya jadikan Mohd seseorang..
dan betol,
Mohd ade aura yang tersendiri..
anyway,tahniah pada semua nya..
kerana berjaya menjayakan sebuah lagi program realiti..


Tuesday, June 29, 2010

bersawang dah..hapdet ringkas..internet kala tiada kerja,boleh tak salah pon..

Posted by StokisUbijaga at 4:16 PM 0 comments
salam readers..
maaf sebab tak update kan blog ni berhari2 lamanya..
on the way nak buat kontes yang tarikh tutupnye esok..tak tau la sempat ke tidak..
kepada puan belleshah, tag kamu tu kontest kan tapi i akan buat jugak..tuggu yer..
sekarang tak berapa sihat..aku demam sebab hidu asap rokok yang sangat kuat..
jadi, kepada penggemar rokok,jangan dekat dengan aku ye kalau nak merokok..
last but not least, layankan artikel di bawah buat renungan bersama..



Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja


Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya.
__________________________
______


Soalan

Saya merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat yang agak besar. Saya terlibat didalam bidang "development" produk. Masalah yang saya hadapi ialah jika tiada produk baru yang dikeluarkan maka kerja saya pun akan berkurangan sehingga kadangkala boleh dikatakan sampai tiada kerja langsung.Waktu tiada kerja ini kadang kadang mencecah berminggu-minggu.

Saya tidak nafikan, bila ada produk baru yang akan dikeluarkan, maka saya akan mulai sibuk dalam tempoh development produk tersebut. tetapi apabila produk ini sudah masuk ke tahap "Mass Production" atau pengeluaran, maka saya tidak lagi bertanggugjawab.

Jadi di waktu tersebut bila sudah tiada kerja, maka saya akan habiskan waktu pejabat dgn Surf internet, berEmel atau sesekali keluar dari tempat kerja untuk ke bank dan sebagainya.

Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya.

Apa pandangan ustaz tentang masalah ini. Dan saya juga ingin meminta pendapat ustaz tentang apa yang boleh saya lakukan di waktu saya tiada kerja.

Diharap ustaz faham masalah yang saya utarakan ini dan saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya agar dapat menjadi panduan buat saya dan semoga kerja saya diberkati olah Allah.

JAWAPAN

Alhamdulillah, apabila muncul perasaan risau dan mengambil berat akan pendapatan kita, itu adalah satu tanda yang baik terhadap iman di dalam diri.
Nabi telah memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dengan katanya juga:-
فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام

Ertinya : Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219)

Berdasarkan pertimbangan hukum, kedudukan gaji seseorang pekerja menjadi tanggungan ke atas majikan melalui kontrak kerja (‘Aqd al-‘Amal). Kita dapat melihat contoh aqad ini dari kisah Nabi Musa dan
Nabi Syuaib a.s.

قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ
Ertinya : Berkatalah dia (Syuaib): ""Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik ( Al-Qasas : 27)

Dari ayat di atas, jelas Nabi Syuaib menawarkan kontrak kerja selama lapan tahun kepada Nabi Musa.
Dalam konteks kerjaya di zaman ini, perincian kontrak khususnya berkaitan tugasan dan tanggungjawab akan diberikan. Justeru, kerjaya seseorang melayakkannya kepada gaji tentunya berbeza mengikut jenis dan karakter kerjaya terbabit. Jenis dan karakter tugasan itulah yang perlu dirujuk untuk melihat sama ada gaji yang diterima boleh berubah menjadi syubhat dan haram.

Secara ringkas dan sekadar memberikan contoh, ia seperti berikut :-

1- Kerja yang dibayar berdasarkan jam kerja. Contohnya kerja part time di kilang pembuatan, guru separuh masa dan sebagainya.

Ulasan : Bentuk kerjaya sebegini tidak dinafikan memerlukan pekerja untuk kekal bekerja sepanjang jam yang akan diberi gaji. Jika tugas telah disiapkan sebelum jamnya tamat, pekerja sewajarnya terus menyempurnakan kerja yang telah siap itu atau terus bekerja iaitu dengan melakukan apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi kerja yang telah dan akan dilakukan kemudian hari. Ini bermakna, culas dalam menggunakan setiap minit dan jam yang diberikan gaji boleh membawa kepada gaji syubhah.

2- Kerja dibayar berdasar tugasan specifik. Sesuatu tugasan itu pula berkemungkinan boleh disiapkan lebih awal atau melebihi waktu biasa kerja.

Ulasan : Antara kerja sebegini konsultan, penterjemah dan sebahagian Pensyarah di Universiti. Yang mana mereka dikehendaki menyiapkan tugasan specific dalam satu tempoh yang diberi. Pensyarah contohnya dikehendaki mengajar dalam jam tertentu manakala baki waktu adalah untuk melakukan kajian dan mendalami ilmu berkaitan dengan bidangnya, bagi menambah kepakaran dirinya. Bagi konsultan, menyiapkan tugasan specific ini mungkin tidak dihadkan oleh sesuatu jam tertentu. Tidak kira berapa lama jam diperlukan untuk menyiapkannya, pembayarannya telah ditetapkan lebih awal. Tatakala itu, sekiranya konsultan dan pensyarah ini melayai internet sekali sekala bagi mebuat kajian, menenangkan fikiran dan apa jua yang tidak bercanggah sama sekali dengan sifat kerjanya. Menurut pendapat saya, gajinya tetap kekal sebgai halal dan harus.

Bagi penterjemah dan sepertinya. Apabila habis terjemahan yang dibuat, tiadalah gaji diberikan untuk waktu-waktu lain. Gaji berdasarkan projek dan tugasan tertentu sahaja. Melayari internet dan berehat dan seumpamanya bagi petugas dalam bidang ini juga tiada masalah, kerana gajinya dibayar bukan berdasar masa tetapi tugasan yang diberikan. Jika kerja dapat disiapkan segera, tentunya dia bakal perolehi pendapatn yang juga segera. Jika dia banyak menghabiskan masanya untuk layari interent, lambat pulalah gaji dapat dinikmati.

3- Kerja yang diikat dengan tempoh waktu khas setiap hari, sama ada terdapat kerja atau tidak, pekerja mesti sentiasa ada di pejabat sepanjang tempoh terbabit.

Ulasan : Contoh tugasan sebegini adalah pekerja rasmi di pejabat kerajaan, swasta sama ada bersifat pentadbiran utama, sokongan atau pengurusan utama.

Semua jenis kerjaya ini biasanya mempunyai waktu bekerja setiap hari iaitu 9 pagi hingga 5.30 petang. Namun tugasan yang perlu dilakukan, sebahagiannya boleh melebihi jam 5.30 petang untuk disiapkan, khususnya bagi jawatan pengurusan tertinggi, tetapi gaji mereka tidak bertambah kepada lebih masa tadi, ia hanya berubah berdasarkan penilaian lain.

Bagi tugasan sebegini, adakalanya kerja tiada dalam waktu kerja harian mereka, membawa mereka kepada menghabiskan masa, sekadar duduk, melayari internet dan sebagainya. Bagi saya gaji mereka tetap halal disebabkan komitmen mereka yang tetap terus berada di kerusi mereka menanti kerja-kerja yang akan tiba pada bila-bila masa. Hasilnya, rehat mereka, internet mereka adalah HARUS selagi mana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada prestasi kerja mereka, tidak menyebabkan kos luar biasa kepada syarikat dan TIDAK DITEGAH oleh syarikat dalam pekeliling umum kepada seluruh kakitangan.
Namun begitu, yang terbaik, waktu kosong tadi dimanfaatkan untuk apa jua aktiviti yang boleh meningkatkan tahap efisyen diri. Namun tidak dinafikan, rehat adakalanya memang diperlukan bagi menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanpa rehat mencukupi, sesuatu tugasan khususnya yang memerlukan kerahan idea dan minda sukar disiapkan.

KESIMPULAN

Justeru, melihat kepada soalan tadi, tidak boleh dinafikan sama sekali, sebahagian tugasan boleh disiapkan lebih awal dan sementara menunggu tugasan baru, tiada kerja specifik yang diperolehi, ketika itu pada hemat saya kes saudara tergolong dalam kategori ketiga ini. Tanggungjawab saudara di ketika tiada kerja adalah perlu sentiasa ada di tempat kerja, bagi memastikan kiranya terdapat kerja, ia boleh segera disampaikan. Dengan itu, anda sudah dikira melaksanakan tugasan. Namun sebaiknya, sebagaimana disebutkan di atas, masa tersebut dimanfaatkan untuk meningkatkan kepakaran diri agar boleh dimanfaatkan oleh majikan dan umat seluruhnya. Termasuklah di dalam hal tersebut, menggunakan waktu kosong untuk meningkatkan ilmu Islam dan ketaqwaan kepada Allah.

Tiada sebarang unsur haram berlaku walau banyak masa di habiskan dengan rehat dan melayari internet asalkan sahaja ia semuanya tidak menganggu tugasan utama dan sampingan yang dipertanggungjawabkan. Manusia bukanlah robot yang mampu untuk setiap inci dan saat bekerja.

Justeru, rehat mereka dalam tempoh yang berpada pada hemat saya masih tergolong dalam takrif ‘KERJA’ kerana kerja yang baik dan berkualiti adakalanya memerlukan tubuh dan minda yang fresh atau segar. Dalam konteks itu, rehat amat diperlukan tetapi jangan terlebih rehat sehingga termasuk di dalam bab ‘curi tulang’ dan tidak efisyen di dalam pelaksanaan tugasan. Wallahu’alam
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
29 Jun 2010
Brunei Darus Salam

Wednesday, June 23, 2010

poHon hiDup..

Posted by StokisUbijaga at 12:48 PM 1 comments
Aku sebenarnya tertengok dan memang betul-betul menginsafkan Halaqah Sentuhan Qalbu di TV9 malam tadi..


Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria , mufti negeri Perak sebagai tetamu jemputan berpesan:
"Apa-apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini hendaklah kita terus-menerus serahkan pada yang Maha Esa kerana tujuan hidup kita adalah untuk kembali kepada DIA..Bersabarlah,bertahanla..walau apa pun yang terjadi, Allah tetap bersama-sama kita"

Slot ini memang sangat berguna untuk kita muhasabah diri kita..
Sejauh mana hala tuju kita..Adakah makin menghampiri Allah ataupun makin menjauhi..Nauzubillah
Jadila pohon yang hidup dengan akarnya yang tunjang dan kuat mencengkam tanah iaitu menggenggam iman kepada Allah secara utuh,
dengan pohonnya merendang yang dapat melindungi makhluk-makhluk yang ingin berteduh..
dan menghasilkan buah-buahan yang manis sebagai bekalan makanan untuk makhluk sejagat..

Sangat menyentuh hati dan perasaan
Aku yang terlalu mengantuk terus segar dan berlinangan air mata kerana rancangan ini memang menyentuh hati dan perasaan..
Terkenang kembali dosa-dosa yang telah kulakukan..
Ya Allah..
Aku lupa..
Ampuni dosaku...


Tuesday, June 22, 2010

pEnjara PUdu dirobohKan?ohh..tidak

Posted by StokisUbijaga at 9:55 AM 0 comments
headline berita malam tadi
penjara pudu akan dirobohkan?
ish3..nape pelik sangat Malaysia ni..
penjara tu 1895 tau..lame tuh
boleh jadi tempat bersejarah tau..
lau kat luar negara tu,
bangunan2 macam ni la diorang lagi appreciate..
taktau la ape yang difikirkan oleh kerajaan Malaysia ni...
mungkin 
Malaysia ni dah tak cukup tanah kot?

Thursday, June 17, 2010

Spain kaLah?uwaaaa...

Posted by StokisUbijaga at 9:01 AM 1 comments
Aku xtau kenapa tapi aku memang amat2 teringin nak tgk Spain..aku bkn fanatik or ape tp ntah,aku suke kot tgk jersi spain..cantik warna die..ye lor,aku kan suka merah..hehe

Tapi,bile aku tengok sejarah perlawanan Spain vs Switzerland, tak pernah satu pon Switzerland menang..Yes,memang takde masalah..

tapi,bile aku tengok perlawanan permulaan Spain, aku dah agak, dari muka diorang lagi, diorang oVer confident..ye la, tak pernah kalah..

Dalam hati aku ni cakap, kompem kalah la Spain ni..

haaa...kan dah menjadi kenyataan..

Switzerland menjaringkan gol sulungnya di Piala Dunia 2010, 1 berbalas 0 mengalahkan Spain..

tula,pemain kesayangan aku Roul dah takde, memang takde mood aku nak tengok..hehe

layankan result akhir jer..selebihnya, aku berangan pula jadi penyiasat CSI..wakakaka..

jadi kawan-kawan, kita ambil iktibar ye dari semua yang berlaku ni..

  1. Jangan over confident ok sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di hadapan kita
  2. Jangan putus asa walaupun anda telah kalah 15 kali tapi mana tahu, kali ke-16 anda menang pula. .

Tuesday, June 15, 2010

Jika Anda baiK..Anda paSti aKan dapat yang baik-baik saje :)

Posted by StokisUbijaga at 3:38 PM 2 comments
Salam semua readers..
Cukup lama aku tak mencoret isi hati aku ni kat sini..
Al-maklumlah, kehilangan idea seketika akibat banyak perkara yang berlaku...
Semalam rasanye aku dengar dekat Hot FM tentang topik balasan ni..

BalAsan...

Ada seorang caller wanita dia berkata, seumur hidup dia, dia tak pernah dapat balasan yang baik walaupon dia telah lakukan sebaik mungkin dalam hidup dia..

Aku tak berapa setuju dengan keluhan dia kerana semua orang pernah rasa pedih di hati kan? pernah rasa sakit sangat dekat hati ini sampaikan tak dapat nak berkata-kata..hanya Allah yang mengetahuinya..Aku juga begitu..

Tapi, apa yang menyebabkan wanita itu tidak bahagia adalah cara penerimaan nya terhadap setiap apa yang berlaku di dalam hidupnya..
Macam aku, tipula ye kalau aku tak pernah sakit,tak pernah bengang, tak pernah bosan dan banyak lagi la..
Semua aku dah rasa tapi aku masih ingat pintu kebahagiaan Allah itu terlalu luas..
Yang penting adakah kita kuat untuk melupakan apa yang berlaku...

Mungkin ramai orang berkata, "tak semua orang fikir macam tu..Kau cakap senangla"

Ya..aku tau itu tapi tidakkah kita semua sama..
Menyedut udara Ilahi yang amat nyaman di dunia ini..

Kenapa orang lain boleh bahagia tapi tidak kita?

Aku cukup yakin dengan janji Allah..
"Perbuatan yang baik hanya akan dibalas baik"
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
"Niat yang baik akan sentiasa mendapat pahala dan kebaikan"

Tidakkah kita boleh tersenyum dengan apa yang telah dijanjikan oleh Allah itu?

Kepada wanita..walaupun aku tak tahu siapa kau dan apa pun masalah kau..Aku harap kau ingat sesuatu...
Jika tiada cinta untuk kita di dunia ini, ingatlah bahawa Allah itu sangat-sangat mencintai hambaNya..
Jika tiada kasih untuk kita di bumi ini, ingatlah Rasulullah yang sentiasa kasihkan umat-umatNya...
yang menyebut kita di akhir hembusan nafasnya..
Tidakkah kita berasa beruntung???

Anda PemaRah??

Posted by StokisUbijaga at 3:07 PM 0 comments

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

a) Pemarah
Paling
mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
b) Pendendam
Tersembunyi
ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti akan menyakitkan hati atau menempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam ni mudah kena sakit jantung.
c) Hasad dengki
Amalannya
hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
d) Bakhil
Sentiasa
merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana  kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
e) Tamak
Orang
yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak kan selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia  dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan,itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain disitu). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
f) Tidak sabar
Andainya
perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
g) Ego
Ibu
segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Kerana itu, semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.
h) Riak
Terseksa
sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada. Kerana Allah itu lebih berhak terhadap apa yang dimiliki oleh kita..
i) Cinta Dunia
Tidak
dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat  susah pula menjaganya. Boleh ada harta, tidak mengapa tetapi kawal lah hati supaya jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'nerakadunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu ditangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lainlainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terlekadengan dunia buruklahh padahnya.
mazmumah = sifat-sifat buruk di dalam diri seseorang
mujahadah = mendekatkan diri kepada Allah dengan menginsafi kekhilafan diri sendiri

p/s: Segala isi-isi ini diambil dari blog adikku, Cahaeya Kebahagiaan yang telah di edit sikit oleh aku..ngeeee..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Yusra's Closet Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez