Tuesday, June 15, 2010

Jika Anda baiK..Anda paSti aKan dapat yang baik-baik saje :)

Posted by StokisUbijaga at 3:38 PM
Salam semua readers..
Cukup lama aku tak mencoret isi hati aku ni kat sini..
Al-maklumlah, kehilangan idea seketika akibat banyak perkara yang berlaku...
Semalam rasanye aku dengar dekat Hot FM tentang topik balasan ni..

BalAsan...

Ada seorang caller wanita dia berkata, seumur hidup dia, dia tak pernah dapat balasan yang baik walaupon dia telah lakukan sebaik mungkin dalam hidup dia..

Aku tak berapa setuju dengan keluhan dia kerana semua orang pernah rasa pedih di hati kan? pernah rasa sakit sangat dekat hati ini sampaikan tak dapat nak berkata-kata..hanya Allah yang mengetahuinya..Aku juga begitu..

Tapi, apa yang menyebabkan wanita itu tidak bahagia adalah cara penerimaan nya terhadap setiap apa yang berlaku di dalam hidupnya..
Macam aku, tipula ye kalau aku tak pernah sakit,tak pernah bengang, tak pernah bosan dan banyak lagi la..
Semua aku dah rasa tapi aku masih ingat pintu kebahagiaan Allah itu terlalu luas..
Yang penting adakah kita kuat untuk melupakan apa yang berlaku...

Mungkin ramai orang berkata, "tak semua orang fikir macam tu..Kau cakap senangla"

Ya..aku tau itu tapi tidakkah kita semua sama..
Menyedut udara Ilahi yang amat nyaman di dunia ini..

Kenapa orang lain boleh bahagia tapi tidak kita?

Aku cukup yakin dengan janji Allah..
"Perbuatan yang baik hanya akan dibalas baik"
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
"Niat yang baik akan sentiasa mendapat pahala dan kebaikan"

Tidakkah kita boleh tersenyum dengan apa yang telah dijanjikan oleh Allah itu?

Kepada wanita..walaupun aku tak tahu siapa kau dan apa pun masalah kau..Aku harap kau ingat sesuatu...
Jika tiada cinta untuk kita di dunia ini, ingatlah bahawa Allah itu sangat-sangat mencintai hambaNya..
Jika tiada kasih untuk kita di bumi ini, ingatlah Rasulullah yang sentiasa kasihkan umat-umatNya...
yang menyebut kita di akhir hembusan nafasnya..
Tidakkah kita berasa beruntung???

2 comments:

Anonymous said...

ya! tak semua org mendapat balasan yg sewajarnya..tak semua org diberikan kekayaan dan kemewahan..tapi bersyukur dgn rezki yg tuhan bagi..
kerana akak selalu mengingatkan diri sendiri apabila ada lagi org yg lebih susah dan lebih merana dr dri akak..

sentiasa berfikiran positif walaupun kadang2 letih!

StokisUbijaga on Tuesday, June 15, 2010 at 4:30:00 PM GMT+8 said...

btol mak..i stuju dgn you..hehe
always positif even pd saat kita paling bawah skalipon..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Yusra's Closet Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez