Monday, May 17, 2010

arghh!sAngat mEngecewAkan..huh

Posted by StokisUbijaga at 11:21 AM
aku mulakan hari ini dengan entry kecewa..

abis bergema satu stadium..
Chong Wei..Chong Wei..
Choon Han..Choon Han..
MAlaysia Boleh..
go..go..go..Malaysia Boleh..
sian aku tgk peminat kat stadium..

kita lihat pula di rumah..
come on la Malaysia..you can do it..
ha,macam tu la main..tinggalkan dia jauh2..cepat2!!!
Malaysia!Malaysia!Malaysia!
sambil membuat tarian mak lenggang (ek?ade kaitan ker..)

yang penting bising ar kat mane2 rumah yang mengekori rapat perkembangan separuh akhir piala Thomas..
terutama rumah aku la..hehe
tekak abis kering nak bagi semangat.
berpuluh-puluh kali berdoa..menangla Malaysia..menangla..

Resultnya?

Chong Wei vs Lin Dan  - kalah straight set selama 47 minit jer..aku pon sdey Dato' Chong Wei
17-21, 8-21
 

Lee Chong Wei tidak dapat menahan kesedihan selepas tewas kepada jaguh China, Lin Dan pada separuh akhir Piala Thomas di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. – UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin 
Koo Kien Keat-Tan Boon Heong vs  Fu Haifeng-Cai Yun - kalah straight set
 15-21, 10-21



Beregu utama China, Fu Haifeng (kiri) dan Cai Yun meraikan kemenangan mengalahkan pasangan negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong pada perlawanan separuh akhir Piala Thomas di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. - BERNAMA 
 

Choon Han vs Chen Jin - kalah straight set
 16-21, 7-21

Dimanakah kesilapannya?
aku tau aku bukanla orang yang tepat untuk membebel pasal strategi badminton tetapi kurasa kekurangan Malaysia terlalu banyak..
senang2 jer kena kalah memang aku tak dapat terima..
yang kulihat, pemain China,walaupon menyertai kejohanan dunia hanya beberapa kali namun mereka mampu tersenarai sebagai top 5 ranking dunia..

 dari pemerhatian terperinci ku dan abangku..

1) Pemain China ni dah masak sangat dengan cara permainan pasukan Malaysia..ye lor,asik jumpe orang yang same..skill pon tak ubah-ubah..jadinye,senang la diorng nak tipu sane sini..senangla diorang nak tiow pemain Malaysia..main psikologi pon pandai terutama Lin Dan yang berlagak tu..adoyai,aku benci die nih..korang tengok betapa berlagaknye dia

tengok pe Lin Dan cakap
“Tidak.. saya tidak berminat untuk merampas kedudukan No. 1 dunia. Sasaran saya adalah mencari kejuaraan besar dan bukan mencari ranking yang baik.
“Tidak kisahlah apa pun ranking saya, saya tetap akan diingati sebagai pemain yang hebat kalau saya memenangi pingat emas Olimpik, gelaran dunia, All England dan membantu negara saya menjuarai Piala Thomas.
“Saya sudah memiliki semua gelaran besar, bermakna karier saya sudah lengkap. Sekarang adalah masa untuk saya lebih relaks dan menikmati permainan. Ia saya mengharungi detik yang menyeronokkan dalam karier saya,” ujarnya.


LIN Dan (kanan) cuba mententeramkan pemain negara, Lee Chong Wei selepas mengalahkan pemain No. 1 dunia itu pada separuh akhir Piala Thomas, kelmarin. 

Ni aku amik dari Utusan Malaysia apa jurulatih Malaysia cakap:-
Dua ketua jurulatih negara, Rexy Mainaky (beregu) dan Rashid Sidek (perseorangan) berkongsi pandangan serupa, China terlalu unggul dan Malaysia langsung tidak berpeluang untuk memenangi perlawanan.
Penampilan China kali ini amat mengejutkan, setiap pemain mereka sangat bersedia dan mantap. Tindakan berani negara itu merehatkan kebanyakan pemain utama pada kejohanan antarabangsa, membuahkan hasil yang luar biasa.
“Apa yang boleh saya katakan, China terlalu unggul hari ini. Pemain-pemain mereka hadir dengan persiapan yang amat luar biasa, mereka benar-benar mengejutkan kita.
“Kekuatan China tidak diduga. Terbukti, standard mereka jauh meninggalkan pasukan lain ketika ini. Pemain kita telah cuba memberikan yang terbaik, tetapi kita kalah kepada pasukan yang jauh lebih baik,” akui Rexy.
“Kita sudah memberikan yang terbaik, tetapi ia tidak cukup untuk mengalahkan China. Mereka sangat kuat hari ini,” kata Rashid pula.

 2) Pemain Malaysia ni takde pelapis ke?Tak latih pelapis ke?asik turunkan orang yang same smpi org tu dh nak bersara pon trunkan lagi..kite tengok Indon, diorang banyak pemain baru tau..semangat berani mencube indon mmg aku kagum..even die pon kalah 3-0 dengan China..huhu..so, team Malaysia, aku harap start dari sekarang,sila latih orang baru..nanti,takdela kite bergantung harap sangat pada orang2 yang dah terer tapi tua...

3) Rasenye la, Malaysia kena wujudkan team pengkaji strategi perlawanan..kena ade orang kaji strategi pemain-pemain handalan yang dah menang tu..aku tau aku tak terer main badminton tapi aku nampak ape yang berlaku masa kat stadium hari tu..Pemain China lawan Malaysia macam harimau nak terkam mangsanya pastu Malaysia akur jer, main pon macam kucing Siam..takut kena baham

4) Pemain-pemain terbaik Malaysia patut diberi rehat secukupnya..tak yah la nak kejar gelaran dunia tu,yang penting kalahkan China dulu..lau nak kejar kejuaraan dunia tu,turunkan pemain-pemain baru supaya dapat bagi exposure kpd diorang..yang pemain ade ranking ni, simpan untuk latihan lebih mengancam untuk tewaskan China yang berlagak tuh..eeii..geramnye aku!!

5)  Kekuatan mental dan fizikal harus bergerak selari..ha,ni yang aku nampak, semua jadi huru-hara bila berdepan dengan China..aku tau pemain Malaysia baguih2 belaka tapi diorang takde kekuatan ampuh untuk lawan strategi psikologi lawan..ini yang paling ketara la..aku tau,aku ni sedap cakap je, cube aku terjun di tempat pemain2..ye,aku tau tu..tapi, kenapa mesti mengaku kalah dulu sebelum berjuang?tak payah la pikir pasal harapan Malaysia ke, peminat ke..pemain patut fikir pasal diri sendiri..selarikan mental dan fizikal unutk bagi yang terbaik even lawan tu sebesar gajah..aku suke tengok pemain jepun, Suiji Sato yang kalahkan Hafiz Hashim tu..haaa..tu namenye kekuatan fizikal dan mental bergerak selari..even die pendek dan kecik dari Hafiz, macam mane die boleh kalahkan Hafiz yang tinggi tuh?pikir2kan yer team Malaysia..

ok,sekian saje butir2 terperinci ttg piala Thomas yang hanya mimpi saje di tangan kita..
dun worry, 2 tahun lagi, aku akan tetap sokong skuad Malaysia sbb aku cintakan Malaysia..
sokongan yang tidak berbelah bahagi ini tidak akan ade maknenye kalau team Malaysia buat derk je n still truskan strategi2 lapuk deme..(ceh,macamla blog aku ni fofular sangat orang nak baca..ade aku kesah?manela tau kot2 misbun terjumpe plak entry ni kan?hheee)

pesanan dari penaja:-
Ape yang terkandung di dalam entry ini adalah pandangan peribadi..sesape yang terase atau merase,aku mintak maaf...hanya luahan dari seorang penyokong setia negara Malaysia

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Yusra's Closet Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez