Wednesday, May 26, 2010

kAu dAn AkU...beRbeZa

Posted by StokisUbijaga at 9:47 AM
Salam..morning to alls..
Hari ini aku nak buka topik hangat sikit pasal kau,lelaki dan aku perempuan...

Tadi,aku dengar HOT FM dalam perjalanan ke tempat kerja, topik dia hari ni, KECOH KE PEREMPUAN??

Sebenarnya,aku kurang setuju dengan pendapat FBI aka Faizal Ismail itu sebab tak semua  perempuan itu kecoh..membebel-bebel tak tentu pasal..aku sendiri, kadang-kadang diam itu lebih baik dari berkata yang tidak baik..

Memang bagus pun perempuan kecoh..Perempuan tu sebenarnya menunjukkan perasaan sayangnya..

Yelah, kalau rumah bersepah disebabkan lelaki yang sepahkan, tak ke  haru satu dunia kalau isteri tu diam jer..tengok jer tanpa berbuat apa-apa?tak membebel-bebel, tak kecoh-kecoh..rilek and cool jer..apa akan jadi pada rumah itu?
Semestinya la rumah lelaki itu akan jadi macam tongkang pecah disebabkan mereka sendiri..

Lagi satu, lelaki ni memang akan naik lemak tengok isteri mereka senyap jer,tak kecoh apa-apa..
Esok hari, lelaki ini akan sepahkan rumah lagi..buat lagi..buat lagi..
Lepas tu, lelaki tu balik yang membebel-bebel, rumah tak kemas la, isteri pemalas la taknak kemas rumah..Siapa yang salah sekarang ni?
Semakin lama semakin nipis tahap kesabaran, memang takde siapa pun boleh sabar cik abang sekalian..
Jangan terkejut pula nanti kalau isteri yang sangat baik hati dan suci murni tu tiba-tiba meledakkan api nya..

Come on la..

Memang aku tau, lelaki ni tak betah buat kerja-kerja rumah macam perempuan buat..sebabnya lelaki ni memang berbeza...
kononnya, dia macho,dia ego,dia la ketua keluarga,tak patut kemas-kemas rumah ni..

Tapi, salah ke kalau lelaki aka suami tolong isteri tu..
pandai sepah pandai kemaskan...
ringan-ringankan tulang membantu isteri..
kalau isteri tu suri rumah takpela...
tapi kalau isteri tu pun keluar mencari rezeki untuk family?Apa sebenarnya harapan lelaki pada seorang isteri?
Jangan mengharapkan dia seperti suri rumah yang memang sah-sah duduk rumah 24 jam/7 hari,yang banyak masa untuk mengemas apa yang lelaki sepahkan itu..

aku tertarik dengan artikel dari Ustaz Hasrizal ini yang bertajuk:-

Lelaki dan Keluarga, Seperti Imam dengan Makmumnya

yang mana isi pentingnya kuungkapkan untuk perhatian lelaki-lelaki diluar sana:-

1)KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Sebelum nak menegur,tegur diri anda dulu..perbaiki diri sendiri..memang patut tegur isteri apa yang tak patut dibuat,apa yang tak wajar dilakukan tapi anda sendiri bagaimana?

2)SIFAT BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP JEMAAHNYA

bak kata Ustaz Hasrizal,

Seorang suami dan bapa hendaklah mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap segala keadaan isteri dan anaknya. Beliau mendisiplinkan mereka, manakala salah laku dan kecacatan yang ada pada isteri dan anak hendaklah dipulangkan kepada diri suami dan bapa. Renungi sejauh mana kita telah melaksanakan tugas tersebut dan apakah dosa peribadi yang telah kita lakukan sehingga kesannya tertimpa kepada isteri dan anak-anak.

3)BERHUBUNG DAN TIDAK MUFARAQAH 

yang ni paling penting, kadang-kadang perempuan tu kecoh bukan ape,nak kan anda semua lelaki-lelaki aka suami diorg dengar isi hati mereka semua..Ini tak, suka buat sepah,suke tengok rumah bersepah..biarkan aje.."apa guna aku ade isteri?"pernah tak terlintas di hati anda semua yang bergelar lelaki perkara ni? 

Lihat pendapat Ustaz Hasrizal di bawah ni, 

I would do less correcting and more connecting.

Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada correcting terhadap kesalahan isterinya sedangkan hak isteri untuk ‘dihubungi’ oleh suaminya tidak dipenuhi. Kita bersama tetapi terpisah, kita dekat tetapi jauh, kita sebumbung tetapi seorang di suatu lembah manakala seorang lagi di lembah yang lain. Sukar sekali di dalam masyarakat Melayu kita yang less expressive untuk membuka hati dan mulutnya, membina hubungan dengan isteri yang mahu didengari dan ‘dihubungi’. Budaya ‘man-to-man’, ‘heart-to-heart’ dan lain-lain bentuk komunikasi amat asing dari masyarakat kita kerana kita cenderung memendam, berdendam dan akhirnya amuk dan binasa. 

4) MEMBETUL DAN DIBETULKAN
so,dalam hal ni, kecoh ke tak kecoh ke takkan timbul andai sama-sama kita bergandingan,seiring sejalan..sepakat membawa berkat untuk membetul dan diperbetulkan.. barula tak kedengaran bebelan bak halilintar memecah bumi tu kan.. jadi, barula Allah perkenankan doa seorang suami seperti di bawah ni..


furqan74ii.jpg
Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”
1389.JPG

 p/s: tak gitu cik temah? sebarang kesilapan haraplah dimaafkan..semua yang diatas hanya la pendapat peribadi dan capaian maklumat adalah dari artikel Ustaz Hasrizal di laman Saifulislam.com..

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Yusra's Closet Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez