Thursday, May 20, 2010

Tips HaGemaRu 1

Posted by StokisUbijaga at 1:30 PM
Salam..all readers yang dikasihi..
seperti yang dijanjikan di dalam belog ini,aku dengan rasminya nak berkongsi tips-tips dari hagemaru (bukan dalam tv tu tau tapi realiti hagemaru) kikiki..JIMAT....

Ok,untuk first entry ini, perkara basics yang maybe you alls sume dah tau atau pnh tau tapi terlepas pandang..

Sebelum memulakan sesi berjimat-cermat dalam hidup kamu, kamu mesti ada tujuan dalam hidup kan?

Kenapa kita perlu berjimat-cermat?

1. Jangan tak tau,dengan berjimat cermat, anda boleh jadi seorang jutawan..Tak percaya?percayala..kita akan bahaskan untuk entry yang seterusnya..

2. Kalau kamu tidak mahu menjadi jutawan, mesti nak ada simpanan ribu-ribu kan?jadi, berjimatla.

3. Dengan berjimat, anda boleh mengutamakan apa yang penting dalam hidup anda...Manusia ini ada dua pilihan dalam berbelanja..
  1. Keperluan
  2. Kemahuan / kehendak
Keperluan adalah perkara-perkara yang menjadi asas dalam hidup seperti makanan & minuman,tempat tinggal,kereta,perlindungan, pakaian dan sebagainya..

Kehendak/kemahuan pula adalah benda-benda yang kalau takde dalam hidup pun tak apa..Sebagai contoh, aksesori kereta,peribadi,hiasan rumah dan sebagainya..

Tips Hagemaru 1

Tips ini original daripada abang.Hal-hal tentang hagemaru jimat dan cermat ni memang husbenku seorang yang pakar..
Ok, sebelum memulakan langkah-langkah berjimat cermat, anda seharusnya memiliki satu senarai sebagai rujukan perbelanjaan anda iaitu senarai hutang dan pendapatan..

Contohnya, senarai hutang itu adalah hutang kad kredit,bil-bil semasa,sewa rumah(bagi yang duduk rumah sewa),pinjaman peribadi,pinjaman rumah atau sebagainya yang berkaitan dengan hutang yang dibayar secara bulanan..

ok, selepas itu, anda boleh juga senaraikan pendapatan anda yang pasif or aktif..

pendapatan pasif:-anda ada rumah sewa,jadi pendapatan rumah sewa itu adalah pendapatan pasif..
                           pendapatan yang selain daripada gaji bulanan anda

pendapatan aktif:-pendapatan yang statik anda dapat tiap-tiap bulan..contoh:gaji

Bila dah buat senarai, anda boleh menolak pendapatan dengan senarai hutang tadi dan jumlah tolakan itu adalah duit lebih untuk disimpan atau untuk dibelanjakan..

pendapatan - senarai hutang = duit belanja + simpanan

Selepas itu, anda perlu mengetepikan duit simpanan yang anda target untuk simpan pada bulan tersebut.. Contohnya:-

pendapatan - senarai hutang = RM 1,000 / 2

simpan = RM500
belanja = RM500

Duit simpanan RM 500 itu anda kena asingkan dan terus simpan ke dalam bank..Tapi,anda kena disiplin la untuk tidak menyentuh duit ini..tetapi,kalau rasa-rasanya nak lagi selamat, simpanlah dalam ASB..hehe

Ok, sekian sahaja..Kita bertemu lagi dalam tips hagemaru yang kedua nanti ek..

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Yusra's Closet Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez