Sunday, October 13, 2013

3 tahun menyepi..

Posted by StokisUbijaga at 4:34 PM

Assalamualaikum buat semua pembaca blog yang tegar menjengah blog aku yang amat sepi seperti sepinya hatiku sekarang..

yup,mungkin ramai tertanya-tanya kenapa blog ini tidak lagi bernyawa..apa yang pasti,semua yang terjadi semestinya ade sebab yang paling kukuh..

rupenya,kronologi episod luka dihatiku tidak berhenti pada tahun 2010..

2011 tahun yang paling mencabar,paling berat dugaan dariNya..tahun kesedihan seperti yang berlaku di dalam kisah Rasulullah SAW..kehilangan 2 insan paling disayangi..yup, aku tidak sesempurna Baginda SAW namun kisah Baginda SAW menjadi pemangkin semangat aku sekarang..

12 April 2011
Aku tiba di tempat kerja,tiba-tiba telefonku berdering..Abang kandungku menelefon..

"Assalamualaikum..alang,ayah kena strok..ade kat hospital kuala pilah sekarang.."

Jantungku terhenti seketika..ya Allah..aku berlari masuk ke dalam ofis dan mendapatkan ketuaku dengan tangisan yang tidak berhenti..
"Bos,ayah saya masuk hospital,kena strok..saya balik dulu.."
Dan,aku bergegas balik sambil menelefon suamiku..dan kami terus bergerak ke hospital kuala pilah..

Tiba sahaja disana,kami meluru masuk ke dalam wad..Badanku lemah,terasa longgar lututku melihat ayah terbaring tidak dapat bergerak sebelah badannya.."ayah..alang ni..ayah.."ayah menghulur tangan nya untuk bersalam..beliau hanya dapat melihat orang di sebelah kanannya..manakala aku di sebelah kiri, beliau tidak nampak langsung..aku memicit-micit badan sebelah kiri ayah,mana la tau kot2 ayah dapat sembuh..ayah sempat cakap padaku ayah banyak makan udang,tu sbb jadi cmni..

Dan aku hanya dapat menangis...

13 April 2011
Akakku menjaga ayah di hospital bersama-sama mak..aku pergi keje macam biasa namun hatiku tidak lagi tenang..dalam hati hanya berdoa yang terbaik buat ayah..pulang dari keje,aku bergegas ke hospital kuala pilah kembali..dalam perjalanan,akakku telefon dan menceritakan apa yang terjadi pada ayah..ayah mengalami sawan dan keadaan ayah tidak lagi sedar..ya Allah..aku memecut keretaku supaya cepat sampai ke hospital..dan pabila smpai,akkku mengatakan ayahku stabil..ayah hanya tidur dan hanya sedar sekali sekala..pastu ayah akan tidur balik..

14 April 2011
Aku meminta cuti dari bos sbb aku xthan melihat mak seorang menjaga ayah..aku rindukan ayah..aku nak dgar ayah bercakap denganku..petang itu,ayah sedar sepenuhnya namun kepala ayah pening..ayah nak teh tarik..aku pergi belikan ayah teh tarik..ayah kata ilang pening ayah dapat teh tarik...selepas itu kawan ayah datang dan ayah berborak-borak pasal memancing dengan kawannya itu..dan doktor membenarkan ayah pulang petang itu juga..aku membawa ayah pulang ke rumah..ayah kelihatan sangat gembira dapat balik rumah..ramai jiran-jiran,saudara mara datang kerumahku..

15 April 2011..
aku pulang dari tempat keje ke rumah dan melihat ayah dah tak sedar lagi..ayah hanya makan sikit,minum pun sikit...aku menyuruh mak menelefon hospital swasta namun ditentang keras oleh saudara maraku..kulihat keadaan ayah semakin tidak bermaya..aku mulai risau..mak masih sanggup mendengar kata-kata saudara maraku untuk tunggu lagi sehari..aku sangat kecewa melihat mereka..masih mempercayai bahawa ayah telah dirasuk oleh penunggu sungai..strok bukan sebab penunggu,strok adalah penyakit..

16 April 2011
Aku melihat ayah semakin lemah dan mendesak mak untuk terus telefon hospital..ayah tak makan dan minum..aku mulai risau..setibanya ambulan,kami dimarahi oleh atendan bertugas kerana tidak mengambil tindakan yang cepat kerana pesakit kencing manis tidak boleh berlapar,paras kencing manis akan meningkat..dan pada ketika itu,jantungku hampir jatuh..ya Allah,bantulah ayahku..ayah dibawa ke hospital kuala pilah,kemudian dibawa ke hospital seremban untuk scan kepala dan dibawa pulang kembali ke hospital kuala pilah..aku memang sangat sakit hati dan sampai sekarang aku tidak lagi mempercayai hospital kerajaan..tindakan mereka yang lambat menyebabkan ayahku semakin teruk..ayah mengalami pendarahan di dalam otak dan terpaksa di bedah..malam itu juga,ayah digegaskan ke hospital kuala lumpur untuk dibedah..harapan 50-50..dan doktor mnasihati kami untuk redha dengan apa sahaja yang akan berlaku selepas pembedahan ini..sebelum ayah dibedah,ayah menggenggam tanganku dengan kuat mungkin kerana takut untuk dibedah..ayah berkeadaan separa sedar ketika itu..aku?hanya air mata dan kata-kata semangat aku hulurkan buat ayah...

17 April 2011
Dari malam ke pagi itu,kami berjaga setia menunggu ayah siap dibedah..setelah pembedahan selesai, ayah koma tidak sedarkan diri...kami hy mengiringi ayah dgn bacaan yassin shj..

20 April 2011
Aku mendapat pnggilan telefon dr mak mengatakan ayah tenat..kupandu iswara ku dlm keadaan yg amat laju..sesmpinye ku di HKL, aku hy semlat berbisik pada ayah..ayah ingat Allah ayah..la ila ha illallah..dan ayah kulihat tidak bernyawa lagi...

Semoga roh beliau tenang di sana..

Selepas bercuti 3 hari, aku menyambung pekerjaan ku sperti biase..

14.5.2011
Pada pagi itu, aku bertolak pulang ke Perak kerana ibu mertuaku sudah terlalu sakit..oh ya, beliau menghidap penyakit barah paru2..
Aku sampai di Perak pada ketika itu kulihat beliau sudah nazak..aku hy mampu duduk disamping beliau dan mengajarkan bacaan syahadah..dan beliau juge kembali ke Pencipta Maha Pengasih..

Alfatihah buat ayah dan ibu mertuaku. .

Owh ya..aku sudah dikurniakan 2 org permata hati..sorg pompuan bernama Nurfarhana Yusra dan sorg lelaki Muhammad Alif Naufal. .mgkin di entry lain ku akn cerita kan. .

Aku juga sudah fully resign dr dunia Ukur Bahan dan skrg mempunyai bisnes scr online di fb..kalau rakan2 blogger nk melihat2, boleh ke www.facebook.com / yusracloset

Page fb pule www.facebook.com /littlenaufal

Bersambung di entry lain ye ;)

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

Yusra's Closet Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez